Tuesday, August 9, 2011

Titah Tuanku Sultan Selangor Kena TEPAT Muka Tan Sri Khalid & Azmin Ali…!

Hentikan Politik Kepartian Di kampus, Titah Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (Unisel) demi masa depan pelajar institusi itu.

Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid Unisel Kampus Bestari Jaya di sini.

Baginda bertitah, adalah amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini,” titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah, baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di Unisel dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.

Daulat Tuanku.

p/s; tengok kat bawah nie.., Azmin Ali yang main politik isu UNISEL


No comments:

Post a Comment