Wednesday, August 3, 2011

Datuk Sri Najib Putar Belit…??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat BERSIH 2.0 untuk berhimpun pada 9 Julai lalu bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah (kiri) berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan mendakwa beliau menawarkan stadium itu tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?" kata Maria ketika dihubungi TV Selangor, semalam.

Maria bagaimanapun mengakui, Najib memang menawarkan supaya perhimpunan itu dilakukan di dalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat BERSIH memutuskan untuk berhimpun di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam.

"Dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur BERSIH) memutuskan memilih stadium Merdeka.

"Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria dengan nada kesal.

2 comments:

  1. Bukankah Khalid yang menawarkan Stadium Shah Alam? Bila DSN menawarkan Stadium Shah Alam?

    ReplyDelete
  2. statment daripada cina masuk meelayu yg paling banggang...bila Pulak DSN menawarkan Stadium Shah Alam...setahu si khalid gagap yg tawarkan stadium tersebut

    ReplyDelete