PAS Gempur Foodcourt Presint 9 Putrajaya kerana Kecewa Dilambatkan Pilihanraya ? cc @NajibRazak @TengkuAdnanReal
-
Amaran : serangan PAS nampaknya sudah bermula pagi tadi di foodcourt
Presint 9 Putrajaya.Kawasan YB Tengku Adnan Setiausaha Agung Umno/BN.
Nampak seakan...
Sunday, March 18, 2012
Saturday, March 17, 2012
Wan Azizah Berterima Kasih Kepada Raja Petra....
Raja Petra Kamaruddin telah disingkirkan dari turut serta dalam sebuah forum mengenai senario politik global setelah permintaan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersetujui oleh Wikileaks.Forum yang sepatutnya dijadualkan pada Sabtu ini di Kent, England membariskan Raja Petra, Anwar and pengasas WikiLeaks, Julian Assange.
Raja Petra sepatutnya turut serta dalam forum yang diadakan melalui komunikasi 'Skype' dan akan dirakamkan ke dalam bentuk video sebagai sebahagian dari dokumentari Wikilekas. Namun begitu, forum ini hanya akan dibarisi oleh Anwar dan Julain sahaja.
“Saya mendapat panggilan telefon dari WikiLeaks yang Anwar tidak bersetuju agar saya turut serta dalam forum ini. Jadi kini hanya mereka berdua sahaja yang akan berada dalam forum tersebut,” kata Raja Petra.
“Saya telah bersetuju untuk Anwar turut serta dalam forum ini namun beliau pula tidak mahu saya berada sama dalam forum tersebut,” tambah beliau.
Raja Petra menempelak Anwar sebagai tidak berani berhadapan dengannya dalam forum itu, yang sepatutnya turut membincangkan senario politik di Malaysia.
“Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika beliau bertindak pengecut untuk berhadapan dengan saya? Beliau sepatutnya berhadapan dengan saya sebelum Najib.
“Seolah-olah Anwar tidak tahu maksud toleransi dan menghormati kebebasan media dan bersuara.
“Anwar hanya berani berdepan dengan mereka yang menyokong dan menjadi pak turut sahaja. Jika inilah Anwar sebagai ketua pembangkang, saya amat khuatir apa yang bakal berlaku apabila beliau menjadi Perdana Menteri kelak,” kata Raja Petra.
Terlalu Menyibuk Hal NFC..., Banjir Di Ampang...?
Banjir kilat yang melanda Hulu Langat dan Ampang mendedahkan kelemahan dan ketidaksungguhan Pakatan Rakyat untuk menjalankan tugas mereka selaku penyandang jawatan Wakil Rakyat di kedua-dua kawasan tersebut.Kelambatan dan ketidakpekaan Pakatan Rakyat bertindak membuktikan, Pakatan Rakyat memang tidak pernah peduli dengan kebajikan rakyat, kecuali hanya untuk beretorik untuk mendapatkan undi semata-mata.
Lembah Jaya Utara merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, apabila berlaku tanah runtuh dan kerosakan kediaman yang teruk. Pada malam kejadian, pihak pertama yang muncul dan menghulurkan bantuan adalah UMNO Ampang yang diketuai oleh Dato’ Ismail Kijo dan Ketua Pemudanya, Safarizul Mustafa.
Manakala Zuraidah Kamaruddin dan ADUN Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz tidak muncul-muncul...
Hanya pada keesokan harinya, barulah Pakatan Rakyat Ampang mengumumkan tentang bantuan, tempat penempatan selain beretorik dengan gambar-gambar yang kononnya dapat meyakinkan orang ramai bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mengambil berat tentang rakyat yagn mereka wakili.
Hakikatnya, bantuan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat sekadar untuk dipaparkan di dalam media-media milik mereka. Bantuan susulan, tidak dilakukan dan Pakatan Rakyat terlalu berharap, gambar-gambar yang dipaparkan dalam lakonan mereka akan membolehkan penduduk di Ampang dan Hulu Langat tidak terpengaruh dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam konteks bantuan yang diberikan kepada orang ramai di kedua-dua daerah tersebut.
Pada malam kejadian, iaitu pada 8 Mac, antara kawasan yang turut terjejas ialah Kampung Sungai Puteh. Sebuah rumah dilaporkan hampir dihanyutkan oleh arus deras sungai tersebut.
Sebaik sahaja mendapat berita, para pemimpin UMNO Ampang bergegas ke tempat kejadian walaupun hujan turun dengan lebat. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan mangsa sekalipun basah kuyup dan keletihan.
Tidak ada satu kelibat Pakatan Rakyat pun kelihatan pada malam itu. Hanya setelah mengetahui UMNO Ampang turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang terbabit sehingga lewat subuh, pagi esoknya barulah Pakatan Rakyat menerusi Khassim Abdul Aziz mengumumkan tentang rancangan bantuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Ampang.
Manakala Zuraidah Kamaruddin yang lebih sibuk dengan National Feedlot Corporation dan majlis pertunangan anak Perdana Menteri pula, langsung tidak bersuara, apatah lagi kelihatan di Lembah Jaya Utara.
Baca seterusnya..., klik sini
3 Jun 2012 Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13....
Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.
“Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini,” kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.
“Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib,” katanya.
Kian Ming juga berkata, “jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul.”
Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala ‘suasana mesra’ BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.
Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.
Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.
Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.
Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.
Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.
Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.
Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.
Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.
- SINAR HARIAN
Friday, March 16, 2012
MAS-Air Asia: The 'Rakyat' In MAS Knows Better...
This blog has been urging the unions to be more assertive to this daylight robbery agreed upon by the manager's of the nation's sovereign fund in favour of the interest of a rogue airline, Air Asia.Continue reading..., please click here
Lawak Giler Beb...! Video Klip Rafizi Ade Gila Babi Ramai Tak Tahu.....
Thursday, March 15, 2012
"Pilih Kasih" Punca Kecurian Pasir Di Selangor Semakin Menggila...!!
Pelombong haram, yang menceroboh tanah kerajaan, dipercayai menjual dari RM14 hingga RM15 untuk satu tan pasir, berbanding dengan RM17.50 hingga RM20 yang dikenakan oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
Ketika terbabit dengan "perang yang tidak diisytiharkan" dengan operator haram, Semesta juga terlibat dalam persaingan sengit syarikat di bawah kawalan kerajaan yang tersenarai di bursa saham, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.
Semesta, yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2008, mencatatkan keuntungan RM7 juta dalam masa satu tahun sahaja, tetapi sumber menyatakan bahawa jumlah ini adalah perbelanjaan KHSB.
Pegawai KHSB yang berang dengan perkara ini memberitahu The Star mereka perlu menerima kira-kira RM630,000 dari Semesta untuk melombong pasir di tapak seluas di Dengkil sedangkan mereka patut menerima sebanyak RM2.6 juta.
Sumber ini berkata KHSB telah dipaksa memberi kelulusan kepada Semesta untuk mengekstrak pasir dari tapak kepunyaan mereka pada kadar RM4.50 untuk satu tan pasir.
"KHSB ialah syarikat yang tersenarai di bursa awam walaupun kerajaan negeri mengawalnya. Ini sudah tentu tidak baik untuk kepentingan rakyat," kata penganalisis industri.
KHSB adalah harta milik Kumpulan Darul Ehsan Bhd, syarikat pelaburan milik Kerajaan Selangor.
Menurut sumber, kadar 'pilih kasih' yang ditetapkan dan penyalahgunaan kuasa perlu diletakkan di bawah tanggungjawab Khalid kerana Semesta ditubuhkan oleh beliau.
Syarikat perlombongan pasir dan mineral menjadi telah menjadi isu dan ketidak puasan hati disebabkan layanan tidak setimpal yang diterima dan bonus diberikan hanya dikira beberapa bulan selepas ia dimulakan.
Mengulas perlombongan di Dengkil, sumber berkata:
"Semesta melombong pasir tanpa persetujuan KHSB dan sebenarnya tanpa sebarang perjanjian."
Apabila KHSN mengugut untuk mengambil tindakan, Menteri Besar telah campur tangan dan berkata Semesta hanya perlu membayar RM630,968 - dengan memetik dasar perlombongan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya mendapat lapan peratus daripada harga jualan tanah.
"Kami tak pernah dengan polisi seperti itu dan masih tidak nampak di mana logiknya," kata seorang pegawai.
RM20 Million Minister....!!
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.Noh berkata kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya SelangorKini dalam keluaran 25 Nov-2 Dis 2011 telah menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah beliau berbunyi: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".
"Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada Adun Sekinchan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya, saman sebanyak RM10 juta setiap satu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Mac lepas melalui peguamnya Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Noh berkata penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai anggota parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran kes tersebut!!!
Wednesday, March 14, 2012
Gambar Superimposed Gagal...! Cubaan Fitnah DS Rosmah Mansor Gagal.... Tahniah Blogger Rbf...!!
Kesian blogger blogger Pakatan Pembangkang....Nampaknya cubaan mereka nak fitnah DS Rosmah dengan menggunakan gambar palsu superimposed dah terkantoi pulak dah...!!
Respect tabik spring kat Otai Blogger Rbf yang 'very sharp' untuk buktikan kerja jahat bloggers Pakatan. Respon pada arikel Rbf menerusi komen2 yang masuk pun ramai yang berikan explaination yang jelas bahawa gambar kat atas tu konfirm gambar palsu...!!
Jom, klik sini
Subscribe to:
Posts (Atom)


