Friday, August 5, 2011

Politik Punya Penangan…! Mau Undi Punya Pasal….


Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

“Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama,” katanya lagi. “Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad…..”

Astaghfirullaah.., dah sewel agaknya Khalid Samad nie…???

1 comment:

  1. Setuju dengan Khalid Samad iaitu politikawan yang masuk gereja bukan bermakna masuk kristian!

    Dalam konteks kitab suci, politikawan yang galak baca kitab suci agama A bukan bermakna akan masuk agama A.

    Cumanya, sebagai politikawan mokmin, kenapa mengambil bahagian dalam aktiviti yang boleh membuatkan timbul syak dan fitnah?

    ReplyDelete