Friday, August 26, 2011

Rumah Mat Sabu Lambung Kena Serbu...!!

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam dekat sini yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.

"Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu di sini, hari ini.

Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.

Menurut Rahimin, turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pukul 2 petang itu ialah seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.

Beliau berkata, kumpulan Syiah itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di negeri ini sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.

"Kita percaya, rumah ini telah disewa sejak empat bulan lalu untuk menjadi pusat pengedaran buku-buku dan risalah fahaman sesat ini

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan ajaran itu perlu dihindari, begitu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah mengeluarkan fatwa supaya masyarakat Islam berpegang teguh fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Tambahnya, kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 48 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bawah kesalahan penerbitan agama yang bercanggah dengan hukum syarak.

1 comment:

  1. SALAM1 MALAYSIA

    hANG NI MEMANG CELAKALAH TAK PASAL2 HANG KAITKAN DENGAN ABG MAT SABU KAWE.

    KALAU NAK SURUH ORANG BACA HANG PUNYA BLOG PUN BUATLAH TAJUK YANG BERHEMAH SIKIT NI ASYIK NAK BURUKKAN ORANG AJE. HANG MEMANG CELAKALAH KALAU BERTERUSAN DOK BUAT MACAM TU

    BYE WASALAM

    ReplyDelete