Monday, August 1, 2011

PDRM Cepatla Tangkap Pelakon Mati 2 Kali Nie…!!!!

Apakah ini bukan Suhardi Md Isa…?

Sekarang nie dia cuba menafikan dia bukanlah seorang yang terdesak untuk mencari publisiti murahan ke atas dirinya sedangkan dia seorang ahli perniagaan yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) dan mempunyai dua orang isteri dan dikurniakan 10 orang….

Dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti.

Selain itu, dia yang mendakwa tiada kepentingan politik berkata, terpaksa mengepalai perhimpunan di Jalan Pudu kerana semua pemimpin pembangkang sudah ditahan, tetapi sebaik sahaja pemberita berjaya menyangkal perkara itu, dia sekali lagi mengubah kenyataan.

Kali ini, Suhardi berkata, dia berbuat demikian demi memastikan keselamatan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak diancam pihak berkuasa.

Pada masa sama, dia turut mendakwa polis memperlakukan kepadanya dengan zalim, tetapi bila ditanya mengapa tidak bersurai ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan, dia berkata, tidak mendengar sebarang arahan kerana terlalu khusyuk menunai solat hajat dan berdoa.

"Saya tidak menyokong demonstrasi. Saya hadir sebagai seorang aktivis untuk menyampaikan pendirian yang dibenarkan oleh Islam tetapi ini bukan bermakna saya mempunyai kepentingan politik, saya cuma masyarakat biasa yang mahu membetulkan perkara salah," katanya.

Dalam pada itu, Suhardi yang turut menafikan dia bersembunyi dan melarikan dari polis sebelum ini memberitahu, dia bebas ke mana sahaja malah jirannya yang juga seorang anggota polis tidak menyatakan bahawa polis sedang mencarinya.

"Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Saya juga tidak mati dan masih hidup, yang meninggal dunia Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai selepas dihebahkan di blog-blog, tetapi tidak, apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bercakap mengenainya,” ujar bapa kepada 10 anak dan dua isteri itu

1 comment:

  1. Suhardi patut cepat serah firi. Tak ada sebab nak takut. Lain lah macam kami ni memang takut mati, sebab kami ada 1 nyawa saja.

    Suhardi setakat ni dah 2 kali mati, masih hidup lagi, kita pun tak tahu dia ada berapa lagi nyawa spare dalam simpanan.

    Fuhhh.. hebat lah lu Suhardi.

    ReplyDelete