Hmmm…, lepas Mat Sabu operate lutut, semalam our beloved PM Datuk Sri Najib pulak operate lutut. Macam musim plak dah.., LG doakan Datuk Sri Najib cepat sembuh sebab banyak kerja tak siap lagi, pembangkang pulak semakin laju buat kacau.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan arthoscopic di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.
Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.
Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment