Tuesday, August 2, 2011

Anwar Ibrahim Dah Jadi Kayu Buruk…!!


"Pas sudah tidak lagi mempercayai Anwar serta pakatan pembangkang yang dikuasai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah Pas menyifatkan Anwar sekadar liabiliti dan akan memberi kesan buruk kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Dengan kata lain, Anwar sekarang ini sudah tidak berguna lagi kepada gabungan pembangkang, kecuali DAP yang hanya memperalatkan PKR untuk meneruskan agenda politik rasis," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Usaha pembangkang 'memikat' Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang jelas menunjukkan penyokong pakatan itu mula hilang keyakinan dengan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, malah bagi Pas, Anwar hanyalah sekadar 'kayu buruk' yang tidak boleh digunakan lagi….

Syed Ali berkata, adalah tidak mudah untuk Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menyertai pembangkang hanya kerana ditawarkan jawatan Ketua Pembangkang.

Pada pandangan LG, Anwar Ibrahim dah jadi rejected item pembangkang.. Nampaknya Anwar dah makin jelas jadi liability untuk pembangkang, itulah sebabnya mereka dah mula cari orang lain untuk lead team pembangkang….

No comments:

Post a Comment