Wednesday, August 31, 2011

Dato Dr Hassan Ali Akan Letak Jawatan Sebagai Exco Selangor....?

Apa dah jadik dengan Exco Agama Negeri Selangor..?

Dia kena boycott ke sebab isu panas gereja DUMC..? Tengok gamba raya exco Selangor kat atas tu.., takde Hassan Ali..!

Ade 2 lagi exco yang takde kat foto atas tu, Yb Dr Halimah & Yb Rodziah, tapi ikut cerita dalam pejabat SUK kedua2 Yb wanita tu balik kampung dah... Kita semua tahu Hassan Ali orang Selangor, kampung dia pun kat Selangor, tapi kenape takde kat foto atas tu..??

Anwar Ibrahim Kata PM Datuk Sri Najib Dah Tak Fofular...., Betul Ker??

LEBIH 100,000 rakyat pelbagai kaum mengambil kesempatan hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Peluang itu diambil oleh mereka untuk bertemu secara lebih dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan menteri Kabinet.

Mereka sanggup beratur panjang untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidil Fitri Buat Semua…



LG ambik kesempatan nie nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua blogger frenz yang dikasihi.

Maaf zahir dan batin.

Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu Lambung Yang BUTA Sejarah...!!



Sini ade story Mat Sabu buta sejarah.., please click here

Saturday, August 27, 2011

Pemimpin Pkr Hanya Tahu Nak Salahkan Umno...! Accident Macam Ni Pun Salahkan Umno Jugak La...


Ketua Penerangan PKR, Muhammad Nur Manuty yang merupakan salah seorang daripada penjilat Anwar yang diberikan jawatan berkata, politik kotor yang diamalkan oleh UMNO sebagai punca perpecahan orang Melayu, bukannya disebabkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Dia menjuruskan neraca tersebut kepada kenyataan 'sekerat' Mufti Perak, yang dipetiknya.

Konteks yang diutarakan oleh Harussani Zakaria sebenarnya adalah lebih luas berbanding pemikiran kontot dan sontot Muhammad Nur Manuty. Nasihat yang diberikan oleh Harussani Zakaria kepada Dr.Mahathir adalah pada ketika peringkat awal Anwar diseret ke muka pengadilan, bukannya selepas pengadilan yang membuktikan Anwar Ibrahim memang bersalah kerana meliwat dan menyalahgunakan kuasa sekaligus menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun.

Gelagat Muhammad Nur Manuty menyalahkan UMNO sebenarnya adalah gelagat stereotaip untuk mengelakkan diri dan partinya daripada dipersalahkan.

Gerakan Reformasi pada 1998 digerakkan oleh Anwar Ibrahim yang sangat takut diseret ke muka pengadilan walaupun terdapat aduan yang kes yang memerlukan dia didakwa. Apakah Muhammad Nur Manuty berpendapat bahawa Anwar Ibrahim berada DI ATAS UNDANG-UNDANG dan tidak boleh didakwa dan dibicarakan agar orang Melayu tidak berpecah?

Bagaimana pula dengan hasutan, tohmahan, dakyah dan fitnah yang ditabur oleh Anwar Ibrahim selain pembodohan orang Melayu yang dilakukan secara berleluasa dan terang-terangan oleh Pakatan Rakyat? Tidakkah itu merupakan salah satu daripada kaedah pemecahan dan pengucar-kaciran?

Menariknya, ada kata-kata Muhammad Nur Manuty yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat. Dek kerana UMNO 'berjaya' mengesan perbuatan terkutuk Anwar Ibrahim itu, maka Muhammad Nur Manuty beranggapan bahawa UMNO telah memecah belahkan Melayu.

Tetapi yang paling aneh, apakah selepas UMNO tertubuh dan PAS menjadi serpihan, selepas itu Semangat 46 dan akhir sekali PKR, maka UMNO juga yang dipersalahkan kerana Melayu berpecah-belah?

Lawaknya orang jenis Muhammad Nur Manuty.... sepatutnya dia bertanya dirinya sendiri, mengapa dia sendiri memerlukan sebuah parti baru atau mengapa dia menyertai PKR. Apakah kerana perjuangan Melayu, atau kerana jawatan atau kerana simpati kepada Anwar Ibrahim?

Lawak-lawak belaka puak-puak ini!!!

Blogger The Flying Kick

Cerita Pasal Cincin RM24 Juta Datin Seri Rosmah Bukan Fitnah......

Badrul Hisham Shaharin didakwa cuba menagih imbuhan 'lumayan' daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sehingga hari ini tidak berani menyahut cabaran agar membuat laporan polis berhubung pembelian cincin yang dikait dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, beliau tidak faham kenapa Badrul yang mendakwa mempunyai bukti cincin itu dibeli oleh Rosmah enggan membuat laporan polis, kecuali aktivis jalanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu cuba bermain persepsi demi menarik perhatian ketua pembangkang.

"Saya dimaklumkan Badrul menggunakan fitnah ini untuk menarik perhatian Anwar bagi mendapat imbuhan lumayan dalam PKR. Saya percaya dia cuba bermain dengan persepsi rakyat agar perhatian Anwar kembali terarah kepadanya sebab itu dia tidak berani menyahut cabaran saya sebelum ini.

"Badrul tahu dakwaan mengenai pembelian cincin AS$24 juta (RM72 juta) fitnah sebab itu dia tidak berani melaporkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau membuat dakwaan terbuka bahawa cincin berkenaan milik Rosmah.

"Sebab itu, walaupun telah tiga kali saya melontarkan cabaran, satu pun tidak disahut. Sebaliknya Badrul mahu saya menutup mulut. Kenapa saya perlu berdiam diri kalau tahu semua ini fitnah, saya akan terus bersuara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, Anuar sekali lagi mencabar Badrul, iaitu cabaran kali keempat supaya melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera agar siasatan dapat dijalankan dengan terperinci bagi membolehkan rakyat tahu siapa sebenarnya yang berbohong.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mendesak Badrul supaya menjelaskan mengenai pertemuan sulitnya dengan Anwar di Indonesia, apakah benar ia bertujuan untuk membuat perancangan khusus bagi memfitnah Rosmah kerana isu cincin timbul selepas pertemuan berkenaan. Utusan Online

HOT n Spicy Lagi..! Kenapa Blogger Pro Umno-Bn Belasah Towkei Air...??

Hmm..! Menarik jugak nie...! Kenapa Tan Sri Rozali kena belasah kat article sorang blogger fren kita, tapi gambar yang paste kat situ gambar bini muda dia..?? Please click here

Friday, August 26, 2011

Bas London Melaka Jadi Gajah Putih....!


Bas dua tingkat berwarna merah atau lebih popular sebagai ‘Bas London’ yang menjadi kebanggaan penduduk negeri ini kerana berjaya menarik ramai pelancong, kini tersadai sejak hampir setahun lalu dipercayai akibat sukar mendapat alat ganti selepas mengalami kerosakan.

Kenderaan terbabit yang menyediakan perkhidmatan di sekitar kawasan pelancongan pusat Bandaraya Melaka Bersejarah sejak 14 Ogos 2007, terpaksa ditempatkan di Kompleks Logistik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Batu Berendam, dekat sini.

Perkhidmatan pengangkutan pelancongan itu sebelum ini dikendalikan PM Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan negeri yang turut menyediakan perkhidmatan bas awam di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah.

‘Bas London’ tersadai SEBUAH bas dua tingkat kelihatan berada di bawah garaj dan masih belum dibaik pulih di Kompleks Logistik MBMB, Batu Berendam.

Sumber memberitahu Berita Harian, kedua-dua enjin bas berusia 30 tahun yang dibeli dari London Bus Export Ltd di United Kingdom, mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diperbaiki segera kerana alat gantinya perlu diperoleh dari tempat asalnya.

Katanya, akibat kerosakan teruk itu, MBMB terpaksa mengambil alih pengurusan kedua-dua bas itu daripada PMCT, sebelum diletakkan di Kompleks Logistik MBMB di Batu Berendam bagi proses pembaikan.

“Perkhidmatan dua bas itu diberhentikan serta-merta sejak September lalu, selepas kerja membaikinya tidak dapat diteruskan kerana menanti alat ganti dari London,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Perkhidmatan Bas London diperkenalkan kerajaan negeri sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

Produk pelancongan ini popular di kalangan pelancong domestik untuk bersiar-siar di tapak bersejarah di sekitar pusat bandar raya.

Rumah Mat Sabu Lambung Kena Serbu...!!

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam dekat sini yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.

"Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu di sini, hari ini.

Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.

Menurut Rahimin, turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pukul 2 petang itu ialah seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.

Beliau berkata, kumpulan Syiah itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di negeri ini sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.

"Kita percaya, rumah ini telah disewa sejak empat bulan lalu untuk menjadi pusat pengedaran buku-buku dan risalah fahaman sesat ini

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan ajaran itu perlu dihindari, begitu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah mengeluarkan fatwa supaya masyarakat Islam berpegang teguh fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Tambahnya, kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 48 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bawah kesalahan penerbitan agama yang bercanggah dengan hukum syarak.

Thursday, August 25, 2011

Anwar Ibrahim Sakit Kepala….

Saksi keempat pembelaan dalam kes Anwar LIWAT Saiful ditampilkan. Anwar dan barisan peguambela mahalnya mengharapkan satu keajaiban akan berlaku setelah keterangan daripada PAKAR UPAHAN Anwar semalam bukan sahaja tidak meyakinkan, bahkan memperlihatkan ketidaklayakan orang upahan dari Australia itu bergelar pakar menerusi hujah-hujah dan keterangannya seperti orang yang hanya memperolehi maklumat daripada hafalan buku sains!

Pengurus Pentadbiran Hospital PUSRAWI yang merupakan saksi keempat Anwar, Yusni Ali memberitahu mahkamah, ketika dia mengambilalih tugas pada 17 Ogos 2008, fail pesakit bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya mengandungi sehelai kertas iaitu 'REKOD PERUBATAN JABATAN KECEMASAN PUSRAWI' dan ianya hanyalah salinan, bukannya dokumen asal.

Dengan bahasa yang lebih mudah faham, keterangan Dr.Mohd Osman yang menyatakan telah menyediakan laporan pemeriksaan kesihatan terhadap Saiful, sangat-sangat menimbulkan keraguan.

Dalam keterangannya, pegawai perubatan yang berasal dari Myanmar itu berkata, dia telah menyediakan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari dan menyerahkannya kepada seseorang yang didakwanya sebagai pegawai Hospital Pusrawi bernama Azlan.

Anwar Ibrahim dalam kenyataan membela diri yang tidak boleh disoalbalas oleh pendakwa, menafikan dia telah melakukan liwat ke atas MOHAMED SAIFUL dan bukannya MOHD. SAIFUL BUKHARI AZLAN... Mohamed Saiful dan Mohd Saiful Bukhari adalah dua individu yang berbeza!

Sesuatu yang paling menarik ialah apabila Yusni juga memberitahu mahkamah yang dia telah menandatangani satu akuan bersumpah selepas seorang peguam bernama Yusri dan Pesuruhjaya Sumpah bernama Anuar yang merupakan wakil Anwar Ibrahim menemui dan meyakinkannya bahawa dokumen itu hanyalah untuk simpanan sulit.

Dan dokumen berkenaan kemudiannya diserahkan kepada wakil Anwar.

Keterangan yang diberikan oleh pegawai PUSRAWI itu nyata amat tidak menyenangkan dan langsung tidak memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim.

Adakah Yusni Ali, Dr. David Wells dan Dr. Osman Abdul Hamid telah dirasuah oleh UMNO selain membuat konspirasi dengan Najib Abdul Razak sebagaimana alasan yang kerap diberikan oleh Anwar serta para pencacainya setiap kali mereka terhimpit?

Kita nantikan... paling tidak pun dalam ceramah politik berbentuk tazkirah yang bakal diadakan malam nanti di seluruh Malaysia!!!

Blogger
The Flying Kick

DUMC + Tan Sri Khalid lawan Dr Hassan Ali....

Betapa kecewanya Hasan Ali apa bila melihat kenyataan Khalid Berahim mengenai isu pemeriksaan gereja dumc.

Cerita sebenarnya ialah, JAIS mendapat report dari abang ipar salah seorang dari 12 orang melayu yang hadir di gereja itu, kemudian jais membuat laporan kepada hassan ali.

Disini lah bermulanya ceritanya, hasan ali dikatakan telah memaklumkan kepada Khalid Ibrahim supaya satu pemeriksaan keatas gereja itu di jalankan dan menurut sumber sahih, Khalid Ibrahim bersetuju dengan saranan Hasan Ali itu.

Tapi tak tau macam mana, selepas je jais buat pemeriksaan itu dan segala-galanya berubah, tiba Khalid menyebelahi pihak gereja dan menyalahkan pulak pihak jais.

Inilah yang membuatkan Hasan Ali frust, soalnya disini, kenapa Khalid Ibrahim boleh tiba-tiba berubah keputusan? adakah dia mendapat tekanan dia puak-puak kafir dalam Pakatan Haram? hanya Khalid Ibrahim sahaja yang tahu.

Blogger DET

Wednesday, August 24, 2011

Biar Betul..? Mat Sabu Lambung “Halalkan” Melayu Murtad Berpolitik Masuk Dap…?


PETALING JAYA, 23 OGOS – Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan UMNO lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, UMNO cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan.

Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti.

Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.

“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.

Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek.

“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin UMNO buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.

Hubungan erat yang terjalin antara Mohamad dan Guan Eng bermula apabila kedua-duanya ditahan oleh kerajaan BN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987.

Menurut Mohamad, hubungan akrab mereka begitu kukuh sehingga beliau dan Guan Eng membahasakan diri sebagai abang dan adik.

Bagaimana pun, jelas beliau, bukanlah bermakna beliau mengagungkan DAP atau merendahkan PAS, seperti mana yang dimainkan media milik UMNO serta blogger upahan mereka.

“Saya hanya katakan yang benar. Dalam DAP dan PAS, ada orang baik, ada orang kurang baik. Ramai yang baik dari yang kurang baik.

“Dalam PAS, kita ada pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mementingkan rakyat, membina masyarakat, bukan mengaut kekayaan peribadi.

“Kita mahu suatu hari nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Nik Aziz dan Guan Eng,” katanya. – Roketkini.com

Tan Sri Khalid Hormat Kat Setan Dap... Tak Hormat Kat Sultan...!


Selangor.. Khalid Gagap.. Inilah akibatnya apabila cuba menafikan perkara yang benar dan hak,. Inilah akibatnya apabila cuba mengaplikasi Enakmen Syariah yang telah ditetapkan. Dan ini juga akibatnya apabila cuba mengenepikan tugas Sultan sebagai Ketua Agama. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa semalam telah bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Perkara itu itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. Sultan Selangor murka lagi setelah MB Selangor membuat kenyataan palsu menitahkan agar ditubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan isu Murtad dan Gereja. Adalah 1 tindakan yang sengaja dibuat bagi melengah2 kan keputusan yang terang2 boleh dikenakan mengikut Enakmen Syariah sedia ada. Kenapa?

Kerana DAP Selangor tidak akan sama sekali menerima Enakmen tersebut. Bagaimana mahu meletakkan Perundangan Islam sebagai sasaran utama pentadbiran Negara jika Enakmen sedia ada pun cuba diketepikan?

Apakah nasib Islam di Selangor selepas ini? Mungkin sasaran selepas ini menghalang kuasa Sultan terhadap perundangan Islam Negeri agar ianya dapat diselesaikan mengikut selera Pakatan? Puak2 PAS seperti Hasan Ali tidak akan ke depan dek kerana tindakan beliau dilihat mengenepikan suara Pakatan? Apa dia suara Pakatan? Toleransi kononnya. Toleransi yang dikuasai DAP semata2.

Suara yang berbunyi Islam hanya dibenarkan melalui pemakaian semata2. Pakailah tudung selabuh mana yang hendak dipergayakan. Namun, perlaksanaan Dasar Negeri waimah Negara sekalipun lebih 'kafir' daripada perundangan sedia ada. Jika hari ini kenyataan Sultan Selangor boleh diketepikan, apa yang akan berlaku selepas ini..?

Blog Gelombang Rakyat

Tuesday, August 23, 2011

Hampehh..! Dengan Si Zuraidah Wanita Pkr Pun KDN Takut...?



Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.

"Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.

Pada skrip itu katanya, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperoleh daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Semalam Anwar Ibrahim Tersalah Cakap Dalam Mahkamah....!!

Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.


"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.
Itu kata anwar... tapi apa yang penting ...




    • Anwar perlu jelaskan pada rakyat macam mana air mani yang masih fresh boleh ada dalam dubur saiful?

    • Kalau betul Anwar tak bersalah, kenapa dia kerap tangguh kes dia sampai 70 kali?

    • Macam mana sample air mani Anwar boleh sama dengan sample DNA yang dapat dari tuala, berus gigi dan botol mineral water?
Hari ini Anwar berceramah selama dua jam dalam kandang okt tampa mengangkat sumpah. Dia berceramah pasal isu politik semasa dan sejarah dia kena pecat tahun 1998. Dia langsung tak menyentuh cerita pasal kes liwat dia kenapa?

Anwar tak sedar apa yang dia buat bagi tadi sebenarnya mencepatkan lagi proses dia untuk ke sungai buloh, tunggu je lah nanti bila najib, rosmah, musa hasan dan berberapa lagi pakar kimia di panggil untuk menjadi saksi, itu jam baru dia tahu, ceramah dia selama 2 jam hari ini adalah perbuatan yang sia-sia...

Blogger
The Unspinners

Siape Kantoi...?


Akhirnya, keterujaan melampau memakan diri. Chegu Bard yang begitu teruja sebelum ini kerana menjadi salah seorang daripada penyerang Rosmah Mansor, kini bakal berhadapan dengan saman terbesar dalam hidupnya iaitu saman daripada Jacob & Co.

Menantu saudara Anwar Ibrahim itu bakal disaman oleh syarikat barangan kemas terkenal dunia itu ekoran FITNAH CINCIN BERLIAN RM24 juta. Kesilapan terbesarnya barangkali barangkali menyangkakan saman tersebut tidak akan diterimanya daripada Jacob sebaliknya daripada orang yang cuba difitnah.

Sekaligus memanjangkan 'jangka hayat' Anwar Ibrahim jikalau Rosmah Mansor berada di kancah undang-undang.

Malangnya, itu tidak berlaku. Lain yang diharapkan, lain pula yang mendatang. Hayat yang dijangka panjang, menjadi hayat yang cukup sukar.

Kepada Chegu Bard diucapkan, selamat menjawab macam mana fitnah dimulakan!!!!

Blogger The Flying Kick

Monday, August 22, 2011

Cheap Sale..! Cerita Dah Basi Anwar Ibrahim Bawak Ke Mahkamah

Seperti dijangkakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengambil peluang membela diri dari kandang tertuduh dengan sekali lagi membangkitkan isu konspirasi.

Dalam membacakan keterangannya, beliau kembali membangkitkan insiden dipecat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum didakwa dan dipenjara atas tuduhan rasuah dan liwat pada 1998.

Plot konspirasi yang sama seperti tahun 1998, didakwanya diikuti oleh Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kenyataan Anwar untuk membela diri telah disiapkan lebih awal dan telah dimuat turunkan di laman rasminya , anwaribrahimblog pada pagi ini dan difahamkan semasa dalam kandang tertuduh Anwar hanya membacakan kenyataan tersebut. Klik di sini

Sekali lagi tindakannya boleh disifatkan menghina mahkamah, kerana apa yang sepatutnya dibacakannya di kandang tertuduh telah didedahkan lebih awal untuk bacaan umum di laman rasminya itu.

Dalam kenyataan itu, Anwar menafikan tuduhan yang dikenakan kepadanya dan menafikan telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwanya, tuduhan Mohd Saiful itu adalah dusta yang terang-terangan.

Dengan memetik kata-kata Jean Racine dalam Phaedra, beliau mendakwa tuduhan itu adalah satu percubaan yang keji untuk pembunuhan wataknya sebagai ahli politik pembangkang yang berkaliber dan menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk terhadap percubaan-percubaan itu.

Anwar menyamakan pemilihan keterangannya dari kandang tertuduh hari ini sama seperti yang dilakukan oleh Nelson Mandela di Afrika Selatan (1963) yang dibicarakan kerana memperjuangkan demokrasi dan masyarakat terbuka (bebas) yang menikmati persamaan hak dalam kehidupan.

Anwar membangkitkan isu beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara di sels pada tahun 1998 dan menuduh Datuk Mohd Yusof, Ketua Pendakwa turut berkomplot dengan Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara) dan Tan Siri Musa Hassan (Bekas Ketua Polis Negara) yang didakwanya ‘memalsukan dokumennya’ dipukul 10 tahun yang lampau itu.

Anwar menuduh hakim pula dipengaruhi pandangan-pandangan konspirator politik;

“Komen-komen awam dibuat oleh pegawai-pegawai dan ahli-ahli politik UMNO, termasuk Dato ‘Seri Najib yang dirancang melalui media cetak dan elektronik dikawal, seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times dan TV3 yang berterusan dengan komen buruk telah mempengaruhi anda (hakim) dan menggambarkan motif politik di sebalik pertuduhan itu”, katanya.

Katanya bukti yang paling jelas apabila pada Selasa dan Rabu lepas wawancara pengadu, Mohd saiful disiarkan di TV3 yang disifatnya menghina prosiding mahkamah.

Anwar turut menyalah mahkamah apabila membuat keputusan membenarkan saksi untuk ditemu bual tetapi bergantung kepada saksi itu untuk bersetuju ditemu bula atau tidak.

Katanya tindakan mahkamah itu menyukar pihaknya untuk pembelaaan kerana Perdana Menteri, Dato ‘Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah binti Mansor, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan Dato’ Rodhwan bin Ismail telah datang ke bilik temuduga dan berkata, “Kami tidak bersedia untuk ditemu bual”

Menurutnya Haji Hasanuddin bin Abd Hamid pemilik unit kondomiunium telah disoal siasat oleh pihak polis selama tiga puluh jam dalam rakaman keterangan yang divideokan.

Katanya siasatan polis itu telah melemahkan benteng pertahanannya.

Menurutnya, Fitria binti Dipan, pembantu rumah Hassanuddin yang ditawarkan oleh pihak pendakwa gagal dibekalkan kepada pihak mereka untuk ditemu bual.

Anwar turut mengkritik Hakim Mohamad Zabidin yang didakwanya berat sebelah apabila tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pihak-pihak yang didakwanya memprejudiskan pembelaannya.

Beliau turut membandingkan tindakan Hakim Mohamad Zabidin dengan Hakim Akhtar Tahir yang sedang mendengar kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Anwar turut menuduh Mohd Saiful sebagai lelaki muda berusia 20-an adalah seorang operatif UMNO dan telah menjalani latihan yang rapi di Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri berbanding dengan dirinya seorang lelaki berusia 60 tahun yang didakwanya mempunyai sejarah kecederaan belakang yang tiada memegang apa-apa kuasa.

Katanya, pada hari kejadian itu, Mohd Saiful sendiri membawa bahan pelincir dan selepas kejadian itu, beliau mendakwa Mohd Saiful minum dan berbual mesra dengannya (di Unit 1151, kondominium itu).

Katanya tiada usaha untuk mendapatkan rawatan dihospital, sebaliknya, Mohd Saiful menghadiri mesyuarat AnwarIbrahim Club di rumahnya pada sebelah petang tanpa menunjukkan emosi dan trauma sebagai seorang yang diliwat.

Anwar turut menolak keterangan dua pakar kimia Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora bt Saedon berkaitan dengan air mani ‘Lelaki Y’ yang dijumpai dalam dubur Mohd Saiful adalah milik dirinya.

Kesimpulannya dalam membacakan kenyataan sebanyak 32 mukasurat dari kandang tertuduh itu, Anwar menyalahkan tindakan-tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin sebagai ‘menindas haknya dalam mendapatkan perbicaraan yang adil’ dan mendakwa perbicaraan kesnya sebagai satu konspirasi Perdana Menteri, Datuk Najib dalam usaha memasukkannya ke dalam penjara semula.

Anwar yang memberi keterangan dengan mengambil masa dua jam membaca nota dalam bahasa Inggeris dan selesai membacakan pembelaannya pada jam 11.47 pagi tadi.

Mahkamah ditangguhkan esok jam 9 pagi dengan dua pakar dari Australia akan memberi keterangan pembelaan di kandang saksi.

Sunday, August 21, 2011

Ni Jenis Anak Yang Bagi Parents Pening Kepala....

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, tindak-tanduk yang ditunjukkan Marina sejak akhir-akhir ini telah memburukkan imej bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri dan juga negarawan tersohor.

Katanya, Dr. Mahathir merupakan seorang pejuang yang disegani oleh kawan dan juga lawan tetapi Marina langsung tidak mewarisi keperibadian yang dimiliki oleh bapanya itu, malah hanya memalukan keluarganya sahaja.

"Tun (Dr. Mahathir) merupakan pemangkin kepada kemajuan negara, kekuatan orang Melayu tetapi Marina sebaliknya.

"Beliau hanya hidup di dalam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata. Justeru beliau layak dilabelkan sebagai seorang Melayu yang mudah lupa.

"Beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau mengambil sesuatu tindakan, bukannya dah buat kenyataan dan ambil tindakan baru mahu memikirkan kesannya. Ia sudah terlambat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Marina dalam akhbar The Star kelmarin yang antara lain mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu dan turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini.

Menurut Ruslan, beliau tidak menolak kemungkinan Marina mempunyai agenda peribadi tertentu sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan tradisi keluarganya.

"Mungkin beliau ada rasa tidak puas hati sebab itu beliau bertindak sedemikian rupa dan ketika ini beliau telah terperangkap dalam kumpulan vocal minority.

"Beliau perlu ingat, pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini merupakan legasi kepimpinan bapanya. Apa yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan amalan sewaktu Tun (Dr. Mahathir) memerintah. Jadi apa yang beliau tidak puas hati?" ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencabar Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya.

"Saya cabar Marina supaya mengisytihar harta yang miliknya. Saya yakin semua pihak mahu mengetahui harta serta kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya.

Ajar Anak2 Melayu Murtad Berlaku Di Kawasan Parlimen Teresa Kok...

Saturday, August 20, 2011

Video Klip Bukti Wan Azizah Tahu Anwar Ibrahim Peliwat Akan Ditayangkan Di Mahkamah 22 Ogos Nanti....

Dap Ganti Pas..! Pemimpin Pas Sekarang Dah Kena Demam Kepialu...

Pas kini kelihatan gentar dan 'menggigil' untuk memperjuangkan Islam di negara ini selepas menyertai pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, Pas yang dulunya lantang memperjuangkan Islam terpaksa membuat rujukan awal kepada DAP dan PKR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Menurutnya, Pas kini tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang kenyataan secara terus mengenai isu yang melibatkan umat Islam kerana perlu menjaga hati rakan-rakan pakatan pembangkang.

"Pas ternyata lebih mementingkan sokongan daripada DAP dan PKR daripada mempertahankan isu akidah umat Islam yang sering diperkotak-katikkan sejak kebelakangan ini.

"Lihat sahaja bagaimana Pas banyak mengalah dalam isu pembinaan kuil dan penjualan arak di Shah Alam, larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang serta berdiam diri dalam isu tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kini mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam baru-baru ini.

Mohd. Jurit berkata, Pas sejak akhir-akhir ini juga lebih suka menimbulkan dan mereka-reka isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Contohnya isu Mismah yang sengaja digembar-gempurkan untuk menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat mengenai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan sistem pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya tugas memperjuangkan kesucian agama ini diambil alih daripada Pas oleh badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam.

Mohd. Jurit turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak pembangkang yang menggunakan masjid dan surau di Selangor dalam menyebarkan dakyah politik mereka.

"Saya ada menerima aduan mengenai tindakan pembangkang yang mengggunakan tempat ibadah suci umat Islam ini untuk menyebarkan dakyah politik mereka tanpa mempedulikan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Beliau menambah, tindakan itu amat merugikan kerana ia hanya membawa perpecahan kepada penyatuan umat Islam di negara ini yang kian goyah.

Friday, August 19, 2011

Ya Ampun Rosmah...! Ampunkan Kami Rosmah... Anwar Ibrahim Yang Suruh Kami Fitnah....!!

Rakan media kami di Indonesia mengakui bahawa KOMPAS akan meminta ampun dan maaf (walaupun sebelum Hari Raya Aidilfitri) kepada YAB Perdana Menteri dan Keluarga di atas tulisan KOMPAS yang melampau dan sama sekali melanggar etika kewartawanan.

Wartawan KOMPAS yang mengeluarkan berita – dikhabarkan muka depan muka surat akhbar tersebut mengakui bahawa dirinya RAPAT dan AKRAB dengan Anwar Ibrahim (dan wujud arahan tacit Anwar agar KOMPAS menyerang Najib Razak) dalam berita tersebut. Wartawan itu mengakui bahawa Anwar meminta tolong daripada dirinya untuk mengeluarkan berita yang bersifat NON-TRUTH mengenai keluarga PM.

Bagi mereka yang biasa dengan gerakerja media pastinya faham bahawa berita yang TIDAK ADA NILAI KEBENARAN biasanya tidak akan mendapat liputan. Kecuali ianya mampu dibantu dengan data dan maklumat yang menyokong. Adalah sangat malang, sebuah akhbar yang mempunyai nama besar seperti KOMPAS – tunduk kepada desakan seorang ahli politik bankrap seperti Anwar. Tidak kira apa jua hubungan yang ada di antara Anwar dan Indonesia; FITNAH buruk seperti yang dilakukan KOMPAS tidak dapat diterima oleh pengamal media.

Kami dimaklumkan rakan di KOMPAS, bahawa pimpinan tertinggi akhbar tersebut akan bertemu dengan PM Najib Razak petang ini; tanggal 18 Augustus 2011. Sehari selepas Hari Kemerdekaan Indonesia.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada media kedua-dua Negara agar tidak BERLEBIHAN dalam melakukan liputan. Mereka wajar lebih kenal siapa Anwar Ibrahim sebenarnya; yang tidak berasa segan dan silu untuk MENIPU bagi mencapai kemenangan politik.

Apabila KOMPAS meminta AMPUN daripada PM Najib Razak petang ini – ianya sekaligus meletakkan Anwar sebagai pemain politik paling kotor abad ini. Rakan media Indonesia MESTI lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar – KOMPAS

Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. (Iwan Santosa)

Blogger Gelagat Anwar

Kritik Jais TAK Bermakna Kritik Sultan...

Prof Abdul Aziz Bari menegaskan kenyataan-kenyataan mengkritik tindakan dan pendekatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu tidak seharusnya dianggap sebagai tindakan mempersoalkan institusi diraja.

Sebaliknya, beliau berkata agensi-agensi agama di negeri ini tidak sewajarnya menggunakan nama istana untuk melindungi pengurusan dan penguatkuasaan bidang kuasa masing-masing.

“Kritik Jais tidak semestinya kutuk Sultan. Sepatutnya (Majlis Agama Islam Selangor) Mais sebagai penasihat Sultan sebagai ketua agama beri nasihat yang betul kepada baginda. Bukan gunakan nama baginda untuk memberi perlindungan kepada Mais atau Jais,” katanya dalam satu kenyataan media.

Justeru itu, Mais dan Jais sepatutnya faham konsep dan implikasi akauntabiliti.

“Agama selain Islam dan penganut mereka ada hak dan ini perlu dilindungi. Ini semua dikandung oleh Perlembagaan khususnya Perkara 11. Apa yang berlaku menimbulkan keraguan tentang perlindungan itu. Mais dan Jais patut faham dan bukan menyeret Sultan,” kata beliau lagi.

Semalam, pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu yang mendapat kritikan banyak pihak.

Sebelum ini, PAS menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas gereja tersebut, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu.

Malah, pemimpin-pemimpin PAS menegaskan tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.

Dalam pada itu, menjawab pendirian Mais, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor

Respect La Yayasan Kepimpinan Perdana & Kelab Putra Nak Beraya Kat Somalia... JIHAD...!!

Apakah Sebenarnya Perjuangan Kita…?

Ramai pemimpin politik sama ada dari pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Haram, mengambil pendekatan berhati-bati dalam memberikan komen mengenai isu penyebaran agama Kristian yang semakin mencabar dan melampaui batas-batas yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan isu ini sangat berkait rapat dengan Islam, maka Pas terlebih dahulu mengambil kesempatan untuk mengulas mengenai isu yang semakin hangat diperkatakan ini. Malangnya, Pas sendiri tidak mempunyai asas yang kukuh di mana pemimpin-pemimpinnya memberi komen bercanggah antara satu sama lain. Percanggahan ini membolehkan kita melihat “true colour” Pas yang sebenar.

Pihak pro-ulama sudah tentu mempertahankan Hasan Ali dan JAIS di dalam isu ini. Manakala pihak erdogan Islam liberal, sudah tentu akan memihak kepada Khalid “Gereja” yang pro-Kristian ini. Bagaimanapun, memandangkan Pas bukan lagi memperjuangkan Islam dan sebaliknya beralih kepada “kebajikan”, maka pro-erdogan dilihat lebih dominan dalam menentukan pendirian Pas. Pas kini lebih memihak kepada Kristianiti atas dasar kebajikan kepada penganut agama lain.

Dalam ertikata lain, Pas kini menerima kesamarataan agama. Inilah yang dimahukan oleh penyokong IFC dan DAP yang mahu Islam dan bangsa Melayu hilang keistimewaan di negara ini. Itu kesimpulan yang kita dapat lihat dalam usaha Pas yang cuba mempolitikkan soal kesucian aqidah umat Islam pada isu ini.

Mengapa Pas jadi begitu? Sedangkan kita tahu sebelum ini bahawa Pas cukup sensitif kepada mana-mana gerakan yang tidak Islamik dan mencemar aqidah umat Islam. Ini adalah kerana Pas hanyalah sebuah parti politik dan tidak lebih dari itu. Pas memperjuangkan politik dan bukannya Islam. Sebab itulah kita lihat Pas lebih mengutamakan undi dari golongan Cina dan India Kristian dengan menyebelahi agama Kristian itu.

Pendirian Pas ini sangat dikesali oleh ramai pihak. Bukan hanya UMNO, malah orang-orang Pas sendiri memberontak di dalam hati mereka melihat dasar dan tindakan pemimpin mereka yang membelakangkan kepentingan aqidah umat Islam yang semakin dicabar oleh golongan mubaligh Kristian. Ramai yang terbakar dengan Khalid “Gereja” di Shah Alam, namun mereka terpaksa pendamkan kerana “tahaluf siyasi”, satu terma yang meng”halal’kan cara meskipun ia terbukti mencemar dan merugikan Islam di Malaysia.

Sejak Pakatan Haram mengambil beberapa kepimpinan negeri, banyak dasar yang dilakukan oleh mereka yang menyebabkan Islam rugi. Antaranya ialah melarang bacaan Al-Quran melalui corong masjid, merampas dan menjual tanah wakaf orang Islam, dan yang paling baru ialah mengenai gerakan penyebaran dakyah Kristian di sekolah-sekolah rendah yang melibatkan anak-anak orang Islam.

Mahu tidak mahu, kita harus sedar tentang penyebaran dakyah Kristian secara halus ini. Ia berlaku tidak jauh dari tempat tinggal kita, iaitu di Parlimen Seputeh. Ini kawasan di bawah jajahan Teresa Kok (DAP). Mungkin Teresa fikir, dia adalah “Mother Theresa” di Malaysia?

Anak-anak dari kalangan golongan Melayu Muslim yang hidup dhaif di kawasan setinggan itu “dibeli” dengan momokan tiusyen percuma di sekolah, namun tenaga pengajarnya dari golongan Kristian yang kurang ajar telah menyerapkan “saya cintakan Kristian” kepada anak-anak tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah tersebut.

Pada saya, ini adalah satu tindakan kurang ajar dan mencemar kewibawaan serta keistimewaan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel 11(4). Puak-puak pelampau Kristian ini perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa, termasuk JAKIM dan KDN. Jika dibiarkan, ia mampu mencetus krisis agama yang mungkin berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Saya pasti, jika isu ini melibatkan kepentingan bangsa Cina, sudah tentu DAP, MCA dan Gerakan ada senada dalam mempertahankan kepentingan mereka tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Namun, bila perkara seperti ini berlaku, yang melibatkan kepentingan Islam dan aqidah umatnya, apakah UMNO dan Pas enggan bergabung dan senada dalam mempertahankan hak Islam dan kepentingan aqidah umat Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan?

Pada saya, UMNO wajar mengambil tindakan mempertahankan Islam yang diberikan keistimewaan eksklusif menurut apa yang telah dipahat di dalam perlembagaan. Dan kemudiannya, Pas wajar menyokong UMNO dalam hal ini dan membelakangkan kepentingan politik masing-masing.

Jika dulu ketika di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Pas boleh senada dengan UMNO mengenai hal umat Islam di Palestine, mengapa pula mereka tidak boleh senada dengan UMNO dalam hal Islam dan umatnya di negara sendiri? Langkah awalnya, Pas harus berhenti dari cuba menjadi “hero” dalam isu ini. “Hero” Islam apa kalau tunduk pada Kristian? Ada perlembagaan pun tak reti pakai..!

Persoalan ini perlu ditamatkan dengan penyatuan yang senada demi kepentingan Islam di Malaysia. Apatah lagi Islam dicabar ketika umatnya sedang menjalani ibadah Ramadhan Al-Mubarak ini. Pas dan UMNO harus mengambil keberkatan bulan yang mulia ini untuk bersatu mempertahankan Islam dan perlembagaan negara tanpa kompromi. Pada saya, itulah jalan terbaik untuk menyelesaikan hal ini.

Wallahua’alam.

myKMU.net

Thursday, August 18, 2011

Siapa2 Yang Pertikai JAIS Maknanya TAK Menghormati Sultan…!


Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Tindakan Jais itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak.

“Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada.



“Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini,” kata Mohd Adzib.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata, tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian Seminar Mendaulatkan Islam-Agama Negara di Masjid Negeri di sini, Mohd Adzib berkata sebagai ketua agama Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam soal hal ehwal agama Islam.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan Selangor adalah ketua agama Islam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam.

“Penasihat utama baginda yang berfungsi sebagai penggubal dasar bagi hal ehwal agama Islam adalah Mais, justeru Mais bukan sekadar sebuah agensi kerajaan yang patuh dan tunduk kepada arahan-arahan pihak-pihak lain malah Mais adalah pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Selangor,” katanya di hadapan kira-kira 100orang.

Tambah beliau: “Manakala Jais pula adalah jentera pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan Mais.”

Selain itu kata Mohd Adzib, semua pihak perlu memahami struktur pentadbiran agama Islam Selangor bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu panel seminar itu Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa juga mempertahankan tindakan Jais sambil menyifatkan kerajaan negeri tidak sewajarnya menyalahkan agensi penguatkuasaan itu.

“Jais bapa dia adalah Mais dan seterusnya Sultan Selangor dan Mais bebas daripada kerajaan negeri Selangor iaitu di bawah kuasa Sultan Selangor tapi Jais dihentam teruk,” katanya.

Betul Ker “Market Talk” Sekarang Kata Datin Sri Rosmah Queen Control Datuk Sri Najib….?

Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.

"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.

"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.

Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.


Penganalisis-penganalisis pula mendakwa Najib sudah mula tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga menggambarkan beliau berperwatakan seperti penyandang jawatan itu sebelum ini.

Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan Najib mengendalikan perkara-perkara yang mendesak seperti Himpunan Bersih 2.0, dilihat antara faktor penyumbang kepada kebimbangan rakyat.

Selain Najib, rakyat juga kata Abu merasakan barisan menteri Kabinet gagal berfungsi dengan sebaiknya dalam menguruskan pentadbiran negara.

"Kesan langsung daripada masalah-masalah yang dikaitkan dengan beliau dan orang-orang di sekeliling beliau (antara faktornya). Yang keduanya ialah kita dapati kemungkinan barisan kepimpinannya yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang sepatutnya menguruskan negara ini, mungkin dilihat tidak cekap sehingga tidak dapat merealisasikan semua slogan dan kempen serta semua projek yang dinyatakan.

"Jadi gambaran itu memperlihatkan gambaran kelemahan pentadbiran sekarang, jadi sudah pasti ia menyatakan kelemahan keseluruhannya,"jelasnya lagi.

Malah menurut Abu yang juga penganalisis politik dan pengasas Zentrum Future Studies, keseriusan bayangan politik Najib yang akan kecundang itu dibayangkan melalui dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak memberi kesan kepada ekonomi rakyat.

Lantaran itu, kata beliau, rakyat sudah tidak peduli agenda politik mana-mana parti sebaliknya hanya akan membuat keputusan dengan melihat parti mana yang dapat memenuhi keperluan mereka dan bukannya menindas rakyat dari segenap aspek.

"Kita harus ingat seandainya semua projek berlangsung itu tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya hingga ke akhir tahun ini, barangkali rakyat akan menilai prestasi tersebut dan barangkali rakyat mungkin juga akan menilai (dengan) reaksi seperti marah atau memberikan reaksi dalam PRU akan datang, jadi itu yang kita lihat.

"(Oleh itu) kita menyakini jika transformasi ini tidak dibuat, tidak dijayakan dan jika parti pembangkang pandai memperjelaskan kegagalan ini, pastinya rakyat akan faham.. sebab rakyat mana yang mahu hidup dalam keadaan tertekan dan derita? Sebab kita mahu hidup dalam keadaan berkebajikan dan sejahtera.

"Kita inginkan pendidikan percuma, kesihatan percuma, kita ingin rumah yang murah dan jadi sudah pasti akhirnya rakyat membandingkan dengan negara-negara yang sangat sempurna seperti Switzerland, Finland, kenapa hidup mereka mudah dan selesa, jadi rakyat akan berfikir tentang ini," katanya lagi.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat berulang kali mengingatkan ekonomi negara di bawah pentadbiran Najib Razak semakin nazak dan mencemaskan banyak termasuk pelabur
dalam dan luar negara.

Baru-baru ini Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat turut menegur cara urus tadbir kerajaan Najib Razak.

Beliau berkata pentadbiran negara di bawah Najib Razak bukan sahaja memperlihatkan banyak kepincangan malah kesan langsung ekonomi negara juga turut menjadi kayu pengukur kepada rakyat dalam menentukan nasib mereka sendiri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain iu, katanya angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Rafizi turut menyentuh Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran
memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Najib Razak seperti (Program Transformasi Ekonomi , Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Rafizi berkata, jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diuar-uarkan.

Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya.

Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, keadaannya mungkin lebih parah pada 2-3 tahun akan datang.

Malah tambah Rafizi lagi, prestasi tiga penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak. - tvsnews

Wednesday, August 17, 2011

Kureng Ajar..! Paderi Gay Pertama Malaysia Kahwin “Sejenis” Pada Hari Merdeka… Ini Kes Menghina..!

Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.

Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.

Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.

Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).

Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.

"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters

Blogger Papa Gomo Ada Class..!!

Hampehh..! Wardina Buat HAL Lagi…!!

TV3 Celebrity yang dah bagi signal menyokong pembangkang, siape lagi kalau bukan si Wardina Safiyyah, dia buat hal lagi…

Baru2 nie, Wardina jadik panelist dalam stau forum kat Kelantan dengan Sham Kamikaze, Ustaz Asri. Bukan main puji melambung lagi Wardina kat kerajaan PAS Nik Aziz…

Read more click HERE

Tuesday, August 16, 2011

Datuk Saifuddin Abdullah Liability Cabinet Datuk Sri Najib..., Tapi Najib Buat Don't Know Jer..?



please click HERE

Wei..! AMK Nak “Tangkap” Asyraf Haziq Join PKR.…..


Pelajar Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun oleh sekumpulan belia di London awal minggu lalu akan menyalurkan wang kutipan untuknya daripada orang ramai kepada mangsa lain yang terjejas akibat rusuhan di London baru-baru ini. Bagaimanapun, Asyraf berkata, buat masa ini dia belum pasti siapa akan diberikan sumbangan itu. Bapanya Rossli Harun yang tiba bersama isteri dan anak bongsunya di London semalam menyokong tindakan Asyraf itu.

“Matlamat saya satu saja iaitu untuk melihat Asyraf belajar sampai habis. Biarlah dia terikat dengan Mara. Mengenai derma itu, saya rasa tidak perlu bagi kepadanya sebab dia ditanggung sepenuhnya oleh Mara,” katanya. Rossli menambah, “dia datang ke sini bukan untuk mencari dana tetapi untuk belajar.”

“Walaupun hidup kami sederhana, saya mahu lihat anak saya berjaya. Dana itu berilah kepada orang yang lebih perlu,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Zakaria Sulong di London, semalam. Menurut laporan Berita Harian hari ini, pada majlis itu, Zakaria juga menyampaikan salinan surat daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian yang menimpa Asyraf.

Lelaki yang menyerang dan menyamun telah dihadapkan di mahkamah London hujung minggu lalu. Turut diserahkan kepada Asyraf ialah surat Perdana Menteri Britain, David Cameron yang menyuarakan rasa simpati beliau serta rasa malunya terhadap kejadian yang berlaku. Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College dan keluarganya juga dijemput ke Parlimen British oleh Jawatankuasa Select Parlimen Britain.

Dalam pada itu, Muhyiddin memuji semangat Asyraf kerana tidak menyimpan perasaan negatif terhadap penyerangnya, selain mahu meneruskan pengajiannya. Sambil mendoakan supaya Asyraf segera sembuh selepas selamat menjalani pembedahan, Muhyiddin dan isteri berkata: “Kami berbangga kerana Asyraf tabah dan berani menghadapi ujian Allah pada Ramadan.”

Kes Saman FELDA Kalah Lagi…., Lawyer Wakil FELDA Semuanya Hampehh…!!


FELDA gagal lagi!!!

Saman RM200 juta yang difailkan oleh FELDA ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Kee Kwong, diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai gagal. Kegagalan saman tersebut bukan kerana Tan Kee Kwong tidak melakukan fitnah sebaliknya kerana pihak FELDA gagal mengemukakan Faizal Zakaria yang pada ketika fitnah dilakukan merupakan wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan Kee Kwong memang menuturkan kata-kata tersebut.


Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada Felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa Kee Kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar Suara Keadilan.
Ini adalah kegagalan yang kesekian kalinya melibatkan peguam-peguam FELDA.

FELDA gagal mempertahankan diri dalam beberapa kes saman kerana faktor peguam. Bukan kerana peguam tidak hebat bayarannya tetapi kerana peguam gagal hadir, peguam tersalah informasi, peguam itu, peguam ini.

Dan kali ini, sekali lagi kes membuktikan, FELDA dan anak-anak syarikatnya telah tersalah melantik peguam untuk mewakili organisasi tersebut. Amat memalukan apabila FELDA gagal membuktikan apa yang mereka percayai sebagai fitnah!!!

Maka tidak hairanlah, Mazlan Aliman begitu galak nak saman FELDA... rupa-rupanya FELDA memang dah jadi lubuk!!!

Taken from Blog
The Flying Kick

JAKIM Cepat Bertindak..! Gambar Seksi Depan Masjid Jadi Iklan Raya Product Glow & Glamour….


Mungkin di pihak Nurul, beliau sendiri tidak tahu bilakah gambar ini akan dikeluarkan. So pada dasarnya bukan salah Nurul lah kot. Beliau dilantik sebagai duta produk shj. Ok tetapi...

Apa punya bodoh punya Glow& Glamour ni, agak² lah. Cubalah hormat sikit umat Islam di negara ni. Jagalah sensitiviti umat Islam. Sebagai seorang Islam, saya sendiri dah naik meluat dengan sesetengah syarikat atau pihak bukan Islam di Malaysia ni yg jelas sekali sengaja mengambil kesempatan mempromosi produk & jenama mereka tanpa mengambil kira soal sensitif ni.

Tgk latar belakang Nurul, kelihatan seperti Masjid bukan?? Perghhhh sakit hati gua beb !!!

Tidak salah berdandan untuk kecantikan kerana Islam juga menuntut umatnya berpakaian baru, kelihatan cantik dan indah pada sambutan Hari Raya.

Islam juga menggalakkan umatnya supaya berlembut dan berbaik² sesama manusia dan juga bertoleransi tetapi tidaklah sampai tahap membenarkan kepala dipijak pula. Ini dah lebih. Kalo ye pun nak buat promosi Aidilfitri, mengapa Nurul tidak dipakaikan dengan pakaian yg menutup aurat? Jika diberi pakai baju kurung sendat atau kebaya pun masih nampak solid juga kan?

Mengapa perlu didedahkan bahagian dada dan kaki? Dada dan kaki ker yg nak dihidangkan pada tetamu yg hadir pada hari raya nanti? Astaga..

Pihak berwajib harus memandang serius hal ini. Ini bukan soal remeh tetapi ini soal menghormati bulan mulia bagi umat Islam terutama di Malaysia. Jika perlu iklan ini ditarik balik, maka sangat eloklah. Tetapi jika iklan ini tidak ditarik balik, mesti ada something wrong lah tu pada pihak berwajib.

Wassalam..

Datuk Seri Nazri Aziz Mimpi Kot...?


Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini.

“Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Nazri menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969.

Sambil mengakui majoriti ahli DAP terdiri daripada kaum Cina, Pua (gambar) menegaskan komponen Pakatan Rakyat itu bukan parti berorientasikan kaum.
“Kami tidak boleh menerima ideologi BN yang pecah dan perintah,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Lim pula mengesahkan komitmen DAP untuk kekal berada dalam Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira agama dan kaum.

Ahli Parlimen veteran itu menambah, hanya politik bentuk baru dan “kompak nasional yang baru”, yang bebas daripada politik perkauman dan pecah dan belah mampu menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Lim mengenang balik nasib yang beliau dan rakan-rakannya lalui apabila pemerintah mengheret mereka ke mahkamah dan mengenakan hukuman termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sepanjang 45 tahun perjuangan mereka dalam mempertahankan kepercayaan politik pihaknya.

“Kesemua pengorbanan ini bukan hanya untuk DAP menggantikan MCA dalam Barisan Nasional,” kata wakil rakyat Ipoh Timur ini.

Pendirian dua pemimpin itu menolak seiring dengan jangkaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan oleh The Star hari ini.

Akhbar milik MCA itu memetik Dr Chua berkata tidak mungkin DAP akan menerima pelawaan Nazri.

Dr Chua memperlekehkan Nazri yang berkata MCA sudah hilang sokongan masyarakat Cina.

MCA berhadapan dengan prestasi buruk dengan hanya mempertahankan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Monday, August 15, 2011

Anwar Ibrahim Janji Minggu Depan Bagi Keterangan... Hampehh..! Macam2 Alasan...


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 22 Ogos ini.

Keputusan yang disahkan oleh peguambelanya dan juga pihak pendakwaan itu tidak akan mengambil kira sama ada mereka berjaya menemubual enam lagi saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sankara Nair (kiri, berdiri) sebelum itu, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan.

Menurut Peguam Cara Negara II, kedua-dua pihak telah bersetuju Anwar akan mula membela dirinya pada Isnin depan.

"Kami akan cuba bekalkan saksi itu dalam minggu ini.”

Hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan - iaitu Sharehah Md Salim.

Musa sedang berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan.

Yang pastinya akan ada lagi saksi yang diminta oleh Anwar?

Pas Nak Pertahankan Akidah Islam...?? Boleh Percayer Ker....??


Akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak. Kerana itu ia perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Apakah pemimpin PAS Pusat tidak lagi beramanah?

Apakah pemimpin PAS sudah tidak takut dihisab di akhirat?

Dilema apa ada dalam diri pemimpin besar PAS seperti Presiden, Musyridul Am PAS, TImbalan Presiden dan Naib-Naib Presidennya?

Siapa diharap menjadi banteng umat Islam bagi memastikan umat Islam tidak terus dimurtadkan?

Dewan Pemuda PAS Pusat pimpinan Nasrudin Hassan semalam berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

Namun mampukah beliau pada ketika PAS Pusat membuat pendirian yang berbeza khususnya dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memalukan seluruh umat Islam di Malaysia?

Pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS yang memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.

Malah, jika PAS Pusat sudah enggan melakukannya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sedia mengambil alih tugas PAS untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata semalam, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana PAS yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.

Hakikatnya parti PAS amat maklum bahawa murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia.

Namun, PAS bagaikan meletakkan isu ini ke tepi untuk sementara waktu demi bekerjasama dengan puak-puak bukan Islam untuk kepentingan politik dan kuasa.

Bagi PAS hari ini, mendapatkan kuasa dan berkongsi kuasa dengan kafir harbi lebih utama dalam menundukkan UMNO yang juga memperjuangkan Islam.

Dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu, PAS tidak melihat isu ini sebagai mendesak.

Kerana itu PAS tidak berani membuat pendirian sedangkan Nasrudin begitu bimbang dengan masalah murtad ini kerana masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik.

Berikutan itu Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Malah bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus.

Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa hari lalu, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Namun beliau tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik.