Friday, December 9, 2011

Umno Selangor Tak Nak Terima Datuk Dr Hassan Ali Sebagai Ahli..??

Rasa-rasanya sudah berkali-kali Hassan Ali memberitahu yang dia tidak berminat untuk masuk UMNO dan yakin dengan perjuangan PAS, bahkan akan terus kekal berada di dalam PAS sama ada berjawatan atau sebaliknya. Namun dari sehari ke sehari, cerita tentang Hassan Ali akan masuk UMNO semakin berkembang.

Anehnya, segala cerita yang negatif melibatkan Hassan Ali datangnya dari PAS dan Pakatan Rakyat Selangor, bukannya daripada UMNO. Malah andaian yang mengatakan, Hassan Ali akan masuk UMNO juga dimulakan oleh puak-puak PAS.

Tidak kurang yang melabelkan Hassan Ali sebagai trojan horse UMNO dalam PAS walaupun Hassan Ali merupakan tokoh utama yang membolehkan PAS kali pertama memenangi kerusi di Selangor sepanjang sejarah Pilihanraya Umum di Malaysia.

Hassan Ali menjadi kambing hitam apabila terlibat dalam perbincangan menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor melibatkan PAS dan UMNO.

Walaupun terdapat beberapa orang pemimpin PAS yang lain, termasuklah Khalid Samad, yang menjadi sasaran kemarahan golongan tegar Pakatan adalah Hassan Ali.

Barangkali menyedarii perkara itulah, menyebabkan Khalid Samad berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan dia adalah seorang penganut Pakatan tegar yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi membuktikan dia tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.

Tidak hairan jugalah mengapa Khalid Samad sentiasa menjadi barisan hadapan Pakatan Rakyat, khususnya DAP untuk melakukan serangan khusus terhadap UMNO dalam usaha penebusan diri.

Hassan Ali sekali lagi menjadi perhatian apabila dia bakal dianugerahkan ‘Datuk Paduka’ daripada DYMM Sultan Selangor hujung minggu ini.

Kerajaan Perpaduan dianggap sebagai satu barah yang dapat menjahanamkan PAS pada mata PKR dan DAP. Sudah tentulah pihak yang paling kuat menentang PAS bekerjasama dengan UMNO adalah PKR yang kemudian dipanaskan pula dengan hasutan DAP.

Kehilangan PAS dari Pakatan bererti hilanglah semua cakap besar PKR dan DAP selama ini.

Isu Melayu-Islam yang digunakan untuk mewujudkan kerjasama PAS dan UMNO, bukan lagi perkara penting, meskipun ia merupakan perkara yang paling penting dalam menjalani kehidupan Islam.

PKR dan DAP telah berjaya membentuk lidah ahli-ahli PAS, bahkan termasuklah di kalangan pemimpin PAS sendiri bahawa ukhwah umat Islam hanyalah sekadar satu tempelan dalam berakidah Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.

Kecenderungan untuk memutarbelitkan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Melayu sebagai beragama Islam dan Islam merupakan agama orang Melayu, menjadi-jadi di kalangan para penyokong Pakatan.

Kerana adanya istilah MELAYU, maka ditimbulkan juga masalah RASIS dan perkataan RASIS dihubungkait pula dengan ASSOBIYYAH yang digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang memperkatakan tentang kemelayuan mereka.

Tidak menjadi salah seorang daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w adalah ancaman yang paling mujarab untuk memastikan orang Melayu membenci istilah Melayu dan hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kesempatan-kesempatan itulah yang diambil oleh DAP untuk mewujudkan stigma yang berterusan bagi menghalang sebarang usahasama antara parti-parti bermajoriti Melayu.

Dek kerana itulah, sesiapa sahaja yang dilihat mampu menjadi jambatan yang menghubungkan usahasama dan mengejapkan ukhwah Islamiyyah terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan tahaluf siyasi, terutama yang melibatkan musuh umat Islam, maka mereka harus dimusnahkan dan dihancurkan dengan seberapa daya.

Dalam hal ini, Hassan Ali dilihat merupakan orang yang paling layak untuk dimangsakan. Sebabnya mudah, PAS mengamalkan bai’ah dan PAS juga melakukan pendoktrinan wala’ yang tidak bersempadan bagi memastikan segala cara boleh dihalalkan demi mencapai matlamat.

Justeru, Hassan Ali masuk UMNO sebenarnya bukanlah perkara terbesar dalam kemarahan di kalangan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Betul atau tidak cerita itu, ianya tidak penting.

Yang penting, orang seperti Hassan Ali perlu dikapak keluar dan imejnya perlu dihitamkan agar menjadi contoh kepada mana-mana pemimpin PAS yang cuba mengikuti ajaran al Quran, tidak mengulangi tindakan Hassan Ali yang cuba mengukuhkan ukhwah dan silaturrahim umat!

Selangor Daily

1 comment:

  1. maybe hasan ali nak tunggu masa dia dibuang dari PAS. isu bai'ah maybe jadi penghalang kpd penghijrahan dia,mane tau..

    ReplyDelete