Wednesday, December 21, 2011

Zaiton Buat Kejutan Di Shah Alam....!!

Shah Alam....! Peace YO....

Sebelum kumpulan BP (Bawal Power) diumumkan tersingkir pada minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega (MLM), penonton setia rancangan itu banyak memberikan perhatian kepada salah seorang ahli BP iaitu Bob Kuman.

Ini berikutan kerana ramai yang simpati dengan keadaan Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi yang mengalami sakit teruk tetapi masih lagi bertahan untuk berjuang di gelanggang MLM.

Kemunculan Sobri Anuar ketika ketiadaan Bob telah diperdebatkan dan dicemuh apabila dia dihukum bagaikan sengaja mempersendakan kreadibiliti penyanyi veteran Zaiton Sameon dalam lawak jenakanya.

Berikutan peristiwa itu, Sobri menjelaskan dia sedikitpun tidak merendahkan kredibiliti Zaiton Sameon, sebaliknya sebagai bahan jenaka semata-mata dan tidak lebih dari itu. Malah, Sobri meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan Zaiton dan memohon maaf secara terbuka.

Akhirnya, hasrat itu tertunai setelah Zaiton Sameon telah menghadirkan diri melihat persembahan BP di Royale Theatre Selangor, Shah Alam, Selangor pada pementasan MLM minggu lalu.

Malah, khabarnya Zaiton Sameon telah hadir lebih awal semata-mata untuk bertemu Sobri dan membincangkan hal berkaitan mereka berdua sebelum MLM bersiaran langsung.

"Syukur, saya dapat berjumpa dengan Kak Zaiton. Ketika isu saya dan Kak Zaiton hangat diperkatakan, saya memang pernah mencuba menghubungi beliau dengan mendapatkan nombor telefonnya dari kenalan saya. Namun, saya tidak sempat berjumpanya kerana komitmen saya dalam MLM.

"Saya terkejut, kerana Kak Zaiton sanggup datang sendiri berjumpa saya. Ketika bertemu, Kak Zaiton menjelaskan bahawa dia mendapat tahu kisah ini melalui liputan media. Dia faham keadaan saya dan sedikit pun tidak marah kepada saya.

"Kak Zaiton sempat berjenaka dengan menanyakan umur saya. Selepas mendapat tahu umur saya, dia mengatakan sekiranya arwah anaknya masih hidup, anaknya itu sebaya dengan saya. Oleh itu, dia anggap saya seperti anaknya sendiri," jelas Sobri.

Apa sekalipun, ketika nama BP diumumkan tersingkir pada minggu berkenaan, Sobri bagaimanapun tidak meluahkan rasa sedih sebaliknya berpuas hati kerana tersingkir bersama Adlin Aman Ramli.

Sumber Murai.com

No comments:

Post a Comment