Thursday, December 22, 2011

Apa Pandangan U oLz Semua...??

YB Datuk Dr. Hassan Ali (Exco Selangor) tampil dengan BERSONGKOK HITAM, kot hitam, BAJU KEMEJA PUTIH & BERTALI LEHER WARNA MERAH. Apa-apa tafsiran dari sini, buatlah sendiri, penulis taknak campur.

Pusingan Pertama (Pengenalan)

Puji diri sendiri, puji portfolio sendiri, puji Khalid Ibrahim (sebut gelaran penuh), promosi pembaharuan surau dan masjid dibawah seliannya, promosi identiti melayu yang dilaksanakan di Selangor. Tidak lupa menyebut hasil kejayaannya sepanjang memegang jawatan Exco.

Pusingan Kedua (Masuk Bab Gereja)

Portfolio sensitif (kerana jaga melayu dan Islam), kesukaran mencegah mungkar dari segi syariah dan akhlak dari segi penguatkuasaan, masalah di DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama) berkenaan akidah kerana ada cubaan memurtad orang Islam, orang Islam dipanggil masuk gereja untuk berbuka puasa tapi lambat 1 jam, seluruh suasana semasa serbuan berkaitan kristian, Sultan Selangor kata ada cubaan memurtadkan orang Islam tapi pembuktian sukar, tidak kukuh dan takut tidak dapat dipertahan di mahkamah.

Tidak sulitnya Selangor ada enakmen syariah, Sultan Selangor beri sokongan dalam melaksanakan tanggungjawab. Sulitnya, permasalahan dari segi rakan Exco yang tidak dapat maklumat sebenar tapi beri kenyataan kepada media tanpa merujuk kepada Hassan Ali.


Dari segi individu, bila ambil keputusan untuk periksa gereja, Hassan Ali tidak ingat soal PAS tapi soal akidah dan tanggungjawab menjalankan perintah Sultan. Apa yang berlaku dalam DUMC salah tanggap, tidak ada elemen serbu (storm), mencadangkan dalam hal sensitif serahkan kepada Exco, Pengerusi Mais dan Pengarah Jais untuk menjawab.


Semua pihak perlu sokong tindakan DUMC, apa yang berlaku dalam DUMC sikit saja (drop in the Ocean). Kerana isu DUMC, Hassan Ali tidak dicalonkan dalam pilihanraya akan datang, tidak tahu soalan akan meloncat ke situ tapi dari segi peribadi soal pencalonan tidak menjadi kesan.


Mempertahankan institusi Islam, raja lebih penting. Cakap soal perpaduan melayu dan bangsa lain di Malaysia tidak ada masalah.


Pusingan Ketiga (Kalau bukan dalam politik bagaimana main peranan dalam NGO)

Nak pusing jam agak sukar, kalau tidak dicalonkan ruang lain terbentang luas (motivasi, masjid, kanak-kanak), politik untuk dapat audien lebih besar demi memartabatkan bangsa, agama dan raja.

Peranan dalam NGO masih berjalan tapi bottom linenya sama ada NGO selari dengan 3 perkara, Islam, bangsa melayu dan raja. Nyawa saja yang akan memisahkan dari menyertai NGO sedemikian.


Nak kata berseorangan dari segi sosial tidak tapi dari segi fungsi sebagai portfolio kelihatan berkeseorangan. Perjuangan mengenai melayu, Islam dan raja-raja begitu popular dikalangan rakyat, poll (undi) mengenai hassan ali dalam isu arak menunjukkan tidak berkeseorangan.


Akan buat roadshow perjuangan sebenar selama ini. Kenyataan Hasan Ali keluar parti, digugurkan agak keterlaluan, ditunjukkan jalan keluar bukan jawapan yang baik, tapi dalam soal perjuangan memang kasih pada parti, perlu lihat keadaan, perubahan berlaku dari masa ke semasa, hanya Allah swt yang boleh menentukan arah tuju kemana.


Perbincangan dengan Ahli Parlimen seperti Zulkifli Nordin ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan. Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang.


Manusia yang disebut adalah manusia intelekual, apa salah menggabung jalin, mengetuk pintu mempertahankan Islam, melayu dan raja. Sebagai orang sekular, tertawan perjuangan PAS mengenai negara Islam, kepimpinan ulama, moral dan akhlak bagus dari segi muka dan kehidupan. Antara elemen itu masih ada tapi dari keseluruhan landasan perjuangan ada yang suka dan tidak suka


Pusingan Terakhir

Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shitf), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20.30 dan 50 tahun dulu.

PAS yang menjaga semangat dan syiar Islam. Merasakan dan harap sangat ahli-ahli parti renung nak dibawa kemana PAS ini, kalau nak PAS berjuang diatas landasan sebenarnya perlu dikekalkan oleh setiap ahli parti.


Punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung, ada fikir kemenangan boleh dipanjang ke Putrajaya guna formula sama tapi dalam masa yang sama meminggirkan penyokong tegar PAS.


Menang di Gombak setia kerana sokongan bukan Islam tapi peranan penyokong tegar lebih penting. Gembira kalau mencatit kemenangan lebih besar dan menawan Putrajaya tapi kalau dalam kemenangan itu Islam, melayu dan raja entah kemana, pekikan dan kemenangan tidak ke mana.


Menyebut sepotong ayat al-Quran Perancangan Allah yang lebih tepat, tidak tunduk kepada telahan orang lain tapi telahan Allah swt. Maka sebab itu setakat yang mampu tetap bersama dengan apa jua gerakan politik/bukan politik yang dapat mempertahankan Islam, melayu dan raja.


Sanggup mengorbankan nyawa, misi Allah swt meletakkan Hasan Ali di mukabumi untuk perjuangan 3 perkara itu. Dibina dengan suasana itu, tidak mampu melangkah keluar dari suasana itu tapi akan tetap bersama dengan perjuangan melayu, raja dan Islam.


myKMU.net

2 comments:

  1. play safe ... @ .... mengalihkan tumpuan .... @ .... mencari semula penyokong melayu islam...

    ReplyDelete
  2. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Tahniah PAS Selangor.
    Permainan politik yang cantik.
    Calun MB Selangor sekiranya PKR gagal dalam PRU13.
    Tahniah PAS Selangor.






    p
    k


    R

    ReplyDelete