Tuesday, December 6, 2011

Pas Paling Pening Dengan Ustaz Kamal Saidin.....

Secara tiba-tiba beberapa nama yang mempunyai keberanian untuk menyanggah PAS dan doktrin-doktrin parti itu dengan ayat-ayat al Quran dan al Hadis, seperti Kamal Saidin muncul.

Sekaligus menjadikan nama-nama itu sangat dibenci oleh puak-puak PAS totok yang selama ini hidup dalam khayalan, merekalah MAKHLUK PILIHAN ALLAH TAALA DI BUMI MALAYSIA!!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kamal Saidin bahawa Undang-Undang Hudud yang dideraf oleh PAS sebagai menyalahi hukum Allah Taala, benar-benar telah membuatkan darah mereka mendidih.

Lantas, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mencabar Kamal Saidin untuk berdebat dengan mereka berhubung perkara berkenaan.

Perkara yang dipersoalkan dan mencabar kejantanan Dewan Pemuda PAS Terengganu itu ialah apabila Kamal Saidin menyatakan meliwat isteri dibenarkan dalam undang-undang hudud PAS.

Dan DPPNT berasakan kelebihan berada di pihak mereka memandangkan meliwat isteri adalah tertakluk di bawah undang-undang takzir, maka mereka pun berani mendebatkannya.

Yang mereka tidak sedar atau buat-buat tidak nampak ialah, tidak ada sepatah perkataan pun yang menghalakan hukuman meliwat isteri itu kepada hukuman takzir di dalam Undang-Undang Syariah (II) Kelantan 1993 itu.

Bahkan ramai di kalangan puak PAS yang tidak menganggap hukuman takzir sebagai hukum Islam, memandangkan takzir tertakluk kepada pemerintah atau kerajaan untuk menentukan bentuk serta kaedah perlaksanaan hukumannya.

Mungkin pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh orang seperti Kamal Saidin menyentakkan puak-puak PAS yang selama mereka berasa merekalah yang paling hebat dalam ilmu agama berbanding orang-orang UMNO sedangkan hakikatnya mereka lebih banyak berangan-angan berbanding benar-benar berilmu.

The Flying Kick

No comments:

Post a Comment

Post a Comment