Wednesday, December 14, 2011

Dato Dr Hassan Ali Liabiliti Untuk Pas Atau Dap..??

Ketua Penerangan Pas Selangor Sa'ari Sungip dalam kenyataannya menyatakan Datuk Dr. Hassan Ali tidak akan dicalonkan lagi kerana tidak cukup pencalonan....

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kenyataan itu....!

Maksud kenyataan Sa'ari Sungip itu adalah jelas bahawa dalam isu Hassan Ali yang sedang berbangkit terutamanya di Selangor, ada kecenderungan memperkecilkan kewibawaan Hasan. Peliknya jawapan Hadi Awang sebaliknya...

Dalam Pas, siapakah yang mempunyai autoriti memutuskan seseorang itu menjadi calon atau sebaliknya...?

Apakah ini memberi petanda bahawa gendang politik sedang dipalu dan Pas Selangor bakal menghadapi pergolakan mengenai kedudukan Hasan dan juga ia memberi kesan kepada Pas Pusat.

Ini kerana Hassan Ali adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan pernah menjadi Naib Presiden Pas Pusat untuk beberapa penggal dan menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum disingkirkan daripada kedudukan itu.

Timbul soalan mengapa Hassan Ali ingin dipinggirkan malah tidak mustahil disingkirkan daripada Pas...? Apakah Pas tidak mengalu-alukan pandangan seorang profesional berpengalaman..?

Apakah ramai di kalangan Pas dan pakatan pembangkang tidak rasa senang dengan tindakan-tindakan oleh Hassan Ali yang mengetuai portfolio agama terhadap beberapa isu yang menyentuh kepentingan Islam dan amalan-amalan mungkar di Selangor...?

Masalah arak.., lubang-lubang maksiat di Selangor sangat banyak....!!

Ia berkembang tanpa kawalan. Isu permurtadan seperti yang terjadi di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada 3 Ogos lalu adalah benar....

Isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang disertai oleh Hassan Ali menjadi duri dalam daging bagi Pas....! Apakah Pas sebagai anggota pakatan pembangkang tidak rasa sensitif dengan perkara-perkara ini...?

Apakah makna perjuangan Pas terhadap isu-isu Islam..? Apakah kerana menjaga hati DAP dan Parti Keadilan Rakyat maka Hasan dijadikan mangsa...?

Wakil-wakil DAP secara jelas menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh Hasan itu sebagai "social policing".

Rakyat Selangor harus dberikan kebebasan untuk melakukan sesuatu tanpa dijadikan agama sebagai sandaran ukuran. Hak asasi mereka mesti dijaga.

Orang ramai mengharapkan Pas sebagai sebuah "parti Islam" melakukan sesuatu untuk mencegah kemungkaran di Selangor. Apabila Hasan ingin menubuhkan Unit Penyelarasan Akidah, Anwar Ibrahim tidak setuju dengannya....!

Apabila "HIMPUN" berkumpul mengenai isu pemurtadan Pas tidak bersama....

Bayangkan sekiranya pakatan pembangkang menguasai Malaysia (minta dijauhkan Allah) apakah peranan Pas yang sebenar....?? Mampu tidak Pas membawa DAP memahami maksud Islam yang mengajak manusia kepada dasar-dasar yang baik....?

Mampu atau tidak Pas mengajak Anwar membangunkan sebuah Negara Islam contoh kerana Anwar adalah bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)....?

Apa yang berlaku ialah perjuangan Negara Islam sudah bertukar menjadi Negara Berkebajikan.... Haji Hadi memberitahu bahawa konsep Negara Islam tidak ada di dalam al Quran....! Selama ini Pas berjuang menggunakan asas apa..?

Apakah Negara Berkebajikan merupakan 'pencairan' Pas dalam Pakatan Pembangkang kerana ingin mengambil hati DAP dan percaturan Anwar untuk sampai ke Putrajaya menerusi ejen "Erdogan"nya..?

Apakah Pas masih tidak memahami maksud perjuangan DAP ke arah sosialis demokratik atas tunjangan Malaysian Malaysia dan perjuangan Anwar ke arah dukungan hak asasi yang liberal dan pluralis...?

Kebencian Nik Aziz Nik Mat terhadap UMNO amat luar biasa.... Hujah UMNO parti jahiliah dan parti kafir adalah lafas biasa...!

Suatu ketika bila Dr Syed Husin Ali dari PKR mahu dicalonkan di Kota Bharu, ia ditentang atas alasan ia adalah perjuangan sosialis. Tetapi mengapa DAP boleh diterima oleh Nik Aziz sedangkan perjuangannya ke arah sosialisme sangat nyata...?

Mengapa juga Nik Aziz amat terpaut dengan Anwar yang memimpin pembangkang tetapi mengemukakan konsep semua agama sama iaitu asas pluralisme dan kecenderungan hak asasi bentuk baru yang sedang diperjuangkannya....?

Apakah Nik Aziz tidak dapat membaca percaturan ini atau masih mendengar bisikan Husam Musa mengenai kebaikan perjuangan Anwar sebagai jurucakap "Erdogan" yang sedang menguasai kempimpinan Pas kini.

Ke mana perginya kepimpinan Ulama dalam perjuangan Pas...? Mengenali Hadi sekian lama, amat gigih memperjuangkan negara Islam. Apakah dengan menukar Pas ke arah perjuangan Negara Berkebajikan menandakan kegagalan dan ketidakmampuan Hadi dan barisan kepimpinan ulama yang dikatakan tidak sampai 35 peratus yang tinggal, untuk mengungkapkan konsep Negara Islam kepada DAP dan Anwar!

Kalau Nik Aziz merasa terlalu jijik dengan UMNO kerana memperjuangkan landasan bangsa, agama dan negara, apa bezanya dengan perjuangan Abu Bakar Bakir, Zulkifli Muhammad, Burhanuddin Hilmi - tokoh Pas yang tersohor juga memperjuangkan landasan agama, bangsa dan negara...?

Kalau Nik Aziz berpendapat bahawa UMNO adalah parti jahiliah kerana perjuangan itu, apakah mereka juga jahiliah kerana menggunakan landasan yang sama...?

Telah sekian lama hal-hal kebajikan diperjuangkan UMNO... Memberikan biasiswa, salur pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghantar anak-anak yang terpilih tidak kira anak orang Pas.., UMNO dan tidak berparti tanpa pilih kasih ke luar negara, menubuhkan institusi kewangan dan pendidikan yang mendukung cita-cita Islam, memperkukuhkan institusi syariah secara berperingkat-peringkat, membangunkan Felda dan Felcra untuk manfaat golongan miskin, memperkasakan peluang pendidikan anak-anak belajar di sekolah-sekolah terpilih adalah sebahagian dasar UMNO/Barisan Nasional (BN) yang membawa pencerahan dan kebaikan yang dinikmati oleh orang PAS juga.

Kalau begitu apakah maksud negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh Pas....? Pas sudah ketinggalan zaman dan tidak mahu mengakui yang baik itu baik dari UMNO walaupun data dan fakta terbentang luas.

Pas lebih suka melakukan tahalluf siasi (pakatan politik) dengan DAP dan Anwar walaupun Nik Aziz tahu bahawa faham sosialis itu tidak selari dengan pemikirannya dan faham pluralisme itu sendiri bercanggah dengan Islam yang sebenar.

Kalau alasannya kerana UMNO itu parti nasionalis yang sifatnya rasis, Nik Aziz selalu menyebut-nyebut pengalaman 'ditendang' oleh UMNO suatu ketika dulu. Tetapi sepak terajang politik itu tidak membawa ke tahap berbunuh-bunuhan....!

Apa pertimbangan Nik Aziz terhadap sikap ulama Hamas terhadap PLO yang pernah berbunuh-bunuhan, akhirnya kini memilih kepada kerjasama sedangkan PLO itu mendukung faham nasionalis dan sekular...?

Apa pertimbangan syarie dan tahalluf siasi yang membawa kepada kerjasama Hamas-PLO supaya umat Palestin kelihatan bersatu menghadapi cabaran zionis Israel dan sekutunya....?

Dan apa pertimbangan Nik Aziz bila diajak di tahap tertinggi untuk menyelesaikan masalah umat dan ternyata tahallus siasi Hamas-PLO dijadikan rumusan terbaik, sebaliknya terlalu jijik dengan UMNO dan cenderung bersama dengan kelompok yang ingin mengemukakan faham neo-liberalisme yang anti agama, institusi Raja dan dasar memperkasa umat Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Hal-hal ini saya percaya mengecewakan Hassan Ali yang menginginkan kepimpinan ulama menjadi sumber kegiatannya sejak 15 tahun menyertai Pas dan amat mengkagumi kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor.

Ramai yang kecewa dengan peralihan negara Islam kepada negara Berkebajikan....!

Lebih tiga tahun Hassan Ali menggerakkan Islam di Selangor, terlalu banyak getir yang dilaluinya. Selangor sepatutnya menjadi model sebuah pakatan yang memahami ungkapan Islam yang bertamadun dan amat dihargai oleh DAP yang dikatakan menuntut sebuah negara tanpa rasuah, amanah dan adil kerana Islam itu sendiri pada prinsipnya memperjuangkan hal-hal tersebut.... Anwar tahu hakikat itu sejak berjuang dalam ABIM dan UMNO lagi...!

Amat malang seorang seperti Hassan Ali yang mendambakan dirinya kepada perjuangan Islam dianggap musuh dan ingin dipinggirkan dan disingkirkan oleh Pas dan Pakatan Pembangkang sendiri. Kalau begitu apa corak perjuangan Pakatan Pembangkang kalau ditakdirkan (minta dijauhkan Allah) memerintah Malaysia nanti....

Bolehkah pendekatan sosialis-demokratik, liberal-pluralis dan konsep negara berkebajikan merintis konsep Negara Islam yang bertamadun...?

Karpal Singh secara tegas menyatakan "langkah mayat saya dulu". Apakah petanda itu tidak cukup bagi Pas membaca dan memahami keadaan....?

Kenapa tidak memilih jalan yang lebih baik untuk kepentingan umat Islam kerana politik dan kuasa adalah pangkalan yang terakhir yang masih ada pada mereka.

Oleh TOK KI [ruang Rencana - Utusan Online]

1 comment:

  1. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Perjanjian Lama
    (dimakan ulat di dinding kaabah)

    Tanpa Prejudis

    Belajar bahasa Malaysia baru. Tahallus!
    Apa itu tahajjud bahallul! bukan tahallul
    mohon kepada tuhan apa yang tak sepatutnya
    manakala sembahyang malam itu tahajjud
    bahallul itu memohonkan apa yang tak sepatutnya
    malaysia bukan palestine.

    Tanpa Prejudis
    UMNO ada Hukum Hududnya dan sesuai
    sedia melaksanakannya sebelum PRU14
    apalah sangat yang disuruh ar-rahmaan
    berhukum dengan namanya kerananya
    dia ar-Rahmaan - ahad
    muhammad itu rasul al-amin

    tanpa Prejudis
    melodramatik sangat kata utusan
    no deal! i passed kata marhaen
    i am a muslim i know a marhean
    even when he and she
    are just worms
    and worms eaten

    Tanpa Prejudis
    i do not make deals with pas.
    we have the mainland and sabah
    pas can have dap pulau
    Tanpa Prejudis
    agama kamu untuk kamau
    agama manira untuk manira

    Tanpa Prejudis
    salam hormat



    salam hormat

    ReplyDelete