Anwar Ibrahim diingatkan supaya menghormati sistem perundangan negara dan tidak 'mengheret' rakyat untuk terlibat dalam kes-kes berkaitan peribadi beliau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkaitan perundangan dan kehakiman tidak seharusnya menjadi bahan politik atau polemik.
"Biarlah mahkamah yang menentukan keputusan. Kita tak harus bawa rakyat untuk terlibat dalam kes-kes mahkamah. Ahli-ahli politik yang menjadi ahli Parlimen, sama ada anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara adalah pembuat dasar dari segi perundangan.
"Jadi undang-undang itu harus dihormati sebelum kita meminta orang lain menghormati undang-undang. Saya tidak fikir undang-undang itu harus dibawa ke tepi jalan atau demokrasi dijadikan demonstrasi," katanya.
Zahid mengulas rancangan Anwar untuk menggerakkan pengikutnya bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara pada 9 Januari depan.
Jelas beliau, mengheret rakyat dan berdemonstrasi untuk kepentingan peribadi seperti yang dilakukan Anwar tidak bersesuaian dengan suasana politik di negara ini.
"Kalau rakyat jadi hakim, ia seharusnya ketika pilihan raya umum nanti dan bukan semasa sesuatu keputusan mahkamah itu dilakukan. Kalau diheret semasa keputusan mahkamah, ia seperti mahu membawa rakyat menyanggah apa yang telah diputuskan atau akan diputuskan mahkamah," katanya.

No comments:
Post a Comment