PAS meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Mac tahun depan dengan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Januari.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata selepas dibubar, masih ada tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.
Ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain, katanya.
"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011," katanya kepada Bernama hari ini.
Mustafa berkata BN akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti.
Beliau berkata pilihan raya juga perlu diadakan dalam tempoh itu kerana mendakwa kerajaan bimbang dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah akan memberi kesan kepada negara.
Sementara itu, dalam web rasmi PAS, Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.
Beliau juga berkata PAS tidak mengharapkan masalah dalaman Umno dan BN untuk menang pilihan raya akan datang.
Tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

No comments:
Post a Comment