Seorang pekerja bengkel membaiki jentera yang sudah berkahwin tergamak mengaku bujang apabila disoal siasat penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) ketika dicekup berkhalwat, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 21 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di Batu 1 ½ Tanjung Agas, di sini, untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, lelaki itu mengaku sudah tujuh tahun berkahwin dan memiliki dua anak yang kini menetap di Melaka selepas didesak PPADL.
Dia juga mendakwa datang ke rumah teman wanitanya untuk berehat seketika, tetapi tertidur kerana keletihan selepas pulang bekerja dari Johor Bahru.
Manakala, pasangannya adalah warganegara Kemboja dan baru sahaja memeluk Islam pada Julai lalu.
Mereka berkenalan sejak setahun lalu dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada April tahun depan.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Zainal Kadiran memeriksa rumah itu.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.
“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T paras lutut sedang baring di atas tilam,” katanya.
Pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati dan Balai Polis Sagil untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut, sebelum dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lawyer Lydia
ReplyDeleteSalam Hormat
Pro Bono
(tiket free untuk konsert bono)
Nantinya jangan pula bilamana
mahkamah syar'i lengang sunyi
si hakim mengantuk di kamarnya
kerja tiada hanya membaca coretan
lapuran kasus-kasus dan kanun-kanun
masih bermaharajalela lagi lanun-lanun
sudah kawin ke belum
lagu lama berkumandang
menyelamlah kamu sambil minum air
di kala hidangan makan tengah hari
si hakim makan free - semua beres yang arif
ramailah peguam yang anak guamnya mereka
sekiranya dibicara kes-kes mereka
mungkin tahu apa itu sup tangan
tetapi dalam kes khalwat yang arif
tanyakan peguam kepada hakim
kesayangannya hanya satu
apa qisti itu lelakinya qaa-siim
anak guam mahkamah syar'i dan peguam
dahulunya berkelulusaan undang-undang am
boleh kerja dan beramal di dalam kamar-kamar
majistrait dan hakim-hakim mahkamah agung negara
yang ramainya nanti yang arif
kes-kes khalwat cepat hendak kawin
kerana hukum kesalahan berkhalwat
balasanya berat penaltinya dasyat
gara-gara mahu kawin cepat sipesalah
dikenakan hukum sebat dua kali sebatan
saperti berlaku cara sebatan hukum-hukum lain
berdenda sepuluh ribu ringgit tak temasuk mas kawin
berserta dipenjara sembilan bulan
kerja buruh kasar dan berat
serta ajaran agama yang tepat
tetapi kenapa masih ramai yang mahu dibicara
bukan sahaja yang islam maupun yang bukan islam
cerita hukum hudud UMNO di darul iman
bermula dengan lafaz baa
basmallah yang ikhlas berserta
sebutan yang nyata tauhidnya
sudah kawin ke belum?
belum bang solat duha
cerita pelaku berkhalwat
semasa disoalsiat
mengapa kamu melakukan khalwat itu
kejahilan bukan alasan
kami mahu kawin cepat yang arif
saya masuk islam mahu jadi rakyat
dapat sama itu nikmat kerajaan malaysia
ini orang mahu tolong saya yang arif
memang kami bersalah ada dalam satu rumah
tapi kami tak tidur atas bawah yang arif
kami mau kawin cepat-cepat
bagaimana mahu berbicara untuk anak guam saya
tanya lawyer lydia soalan kenapa
pro bono kata saya ikhlas kepada yang ditauhidkan
kamu kan dinikahkan, di penjarakan dan disebat
dipenjarakan selama sembilan bulan
dalam tahanan bertukang-tukangan
dan di denda sepuluh ribu ringgit
tak termasuk mas kawin
moga tuhan mengampuni kamu
merahmati kamu
Hukum Hudud di darl iman itu
rahmat namanya sempena ar-rahmaan
pro bono kerjanya lawyer islam
di mahkamah syar'i mahupun persekutuan
dan hakim-hakim syar'i juga mendengar
hujah-hujah peguam-peguam di dalam kamarnya
yang arif tidak perlu risau pasal makan
semua sudah ditanggungberes
ya ianya halal dan toyiban
dan tiket percuma yang arif
Salam Hormat