Monday, December 5, 2011

Bahaya...! Bukti Anwar Ibrahim Proxy George Soros....


AIDCNews – 5/12/11 – Empat bulan selepas Pilihanraya Umum ke -12, Anton Chaitkin, editor di Executive Intelligence Review (EIR), sebuah majalah mingguan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mahathir bin Mohamad, Malaysia’s prime minister from 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanity. In the brawl between Mahathir and the Soros faction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy”, dedahnya dalam rencana bertajuk “The Zimbabwe Trust Gang In Other Capers“.

Bagi sesetengah pihak, pendedahan wartawan AS berkenaan penglibatan Anwar Ibrahim dengan IMF (International Monetary Fund) merupakan sesuatu yang biasa, namun pengesahan wartawan Barat berkenaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi ‘proksi’ kepada kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros adalah luar biasa.

Kerana sebelum ini, sangat jarang di kalangan wartawan sama ada tempatan atau luar negara, benar-benar yakin dan pasti untuk mengesahkan hubungan Anwar dengan Soros tersebut.

Sebaran maklumat pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia hanya menyebut hubungan Anwar dengan Al Gore, William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn dan Michel Camdessus dan nama Soros tidak disebut langsung.

Ketika itu tokoh-tokoh di atas adalah sangat penting kerana mereka adalah Naib Presiden AS, Setiausaha Pertahanan AS, Setiusaha Negara AS, Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan IMF.

Berbeza dengan Chaitkin, wartawan EIR dalam rencananya Julai 2008 hanya memfokuskan kaitan Anwar dengan satu nama iaitu Soros.

Lebih luar biasa lagi, apabila wartawan itu menyebut satu maklumat yang asing kepada rakyat Malaysia iaitu penglibatan Anwar satu badan bernama Mont Pelerin Society.

Apa itu Mont Pelerin Society dan kenapa wartawan AS itu begitu yakin Anwar termasuk dalam rangkaian organisasi tersebut ?

Sebenarnya pendedahan wartawan dari EIR, sebuah majalah berkaitan dengan gerakan politik Lyndon LaRouche di AS ini adalah di bawah kerangka besar bertajuk “The Dirty Operation Against Zimbabwe: Soros, Abramoff, and British Africa“.

Dalam rencana itu, Chaitkin yang bekas calon Mayor of New York City pada tahun 1973, mendedahkan bagaimana pakatan Soros, NED (National Endowment for Democracy), Abramoff dan tokoh British di Afrika beroperasi secara haram untuk menumbangkan sebuah kerajaan Zimbabwe.

Apakah Soros, NED, IMF, Mont Pelerin Society dan proksi tokoh tertentu berada dalam satu rangkaian dan merupakan resipi modus operandi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan ?

AIDC

No comments:

Post a Comment