Thursday, December 15, 2011

Ini Dia Kot Calon2 Winnable BN Untuk Pru 13 Nanti.....

Yang membuatkan ahli-ahli serta penyokong PAS bencikan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa hanyalah satu.., iaitu kenyataannya tentang perpaduan sesama Islam antara PAS dan UMNO. Hanya kerana tuntutan perpaduan inilah juga, Nasharuddin kehilangan jawatannya dalam PAS.

Begitu juga dengan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Hasan Ali. Beliau juga kehilangan jawatannya akibat sikap cemburu pemimpin-pemimpin PAS Selangor tentang hubungan baik Dr Hasan dengan UMNO negeri. Dan sehingga kini, Hasan Ali masih lagi dianggap sebagai pengkhianat parti.

Dari apa yang terjadi kepada Nasharuddin dan juga Hasan Ali, kita dapat melihat bahawa prinsip sebenar PAS dalam berpolitik BUKAN untuk memperjuangkan Islam, tetapi PAS lebih kepada memperjuangkan kuasa dan merampas pemerintahan dari pimpinan Islam yang sedia ada.

PAS sebenarnya tak pernah peduli sama ada UMNO itu juga dianggotai oleh umat Islam yang diangkat oleh Allah sebagai pentadbir negara. PAS juga tak pernah peduli jika UMNO itu telah lama berjasa serta berusaha mengangkat hak martabat bangsa melayu dan mempertahankan agama Islam.

Yang PAS tahu, UMNO harus ditumbangkan dan PAS harus berkuasa. Bukankah itu gila kuasa namanya? PAS juga berkata UMNO tak layak memerintah, tetapi siapakah pemimpin-pemimpin PAS yang paling layak untuk memimpin negara? Hadi Awang? Nik Aziz? Mat Sabu? Husam Musa? Ataupun Mahfuz Omar?

Sudah lama PAS diberi peluang mentadbir negeri Kelantan, tapi apa faedah yang rakyat Kelantan dapat dibawah pimpinan Nik Aziz? Cukupkah jika Menteri Besar PAS tersebut hanya menjanjikan syurga, pahala dan kesenangan akhirat bagi menutup kelemahannya menyediakan kemudahan asas pada rakyat?

Dan selepas PRU12, Kedah pula “diserahkan” oleh Allah kepada PAS.., namun selepas 3 tahun pentadbiran Ustaz Azizan, mengapa masih ada rungutan dari rakyat Kedah mengenai permasalahan dalam pentadbiran negeri? Malah ada yang mengatakan, kerajaan negeri terdahulu lebih baik dari kerajaan PAS Kedah.

Semua ini jelas menunjukkan PAS masih perlu belajar untuk menjadi pentadbir yang baik bagi rakyat. Dan untuk belajar, PAS perlu belajar dari yang berpengalaman. Didalam negara ini, hanya UMNO menjadi parti melayu yang paling layak untuk menjadi guru kepada PAS. Bukannya DAP dan tentu bukan PKR.

Inilah yang mungkin disedari oleh Nasharuddin Mat Isa serta Hasan Ali. PAS perlu menjalinkan kerjasama dengan UMNO demi umat Islam dan juga demi rakyat Malaysia. Bukan sahaja perpaduan itu dituntut oleh Islam, tapi perpaduan antara dua parti melayu itu juga akan mematangkan PAS untuk menjadi pentadbir yang baik.

Apa guna PAS belajar dari DAP yang telah lama menjadi pembangkang? Lagipun DAP secara terang-terangan menolak elemen Islam yang cuba dibawa oleh PAS. Dan bodoh lah sekiranya PAS mahu belajar dari PKR. Bukan kah PKR itu adalah parti yang disertai oleh mereka-mereka yang kecewa...?

Jika PAS terus berdegil serta bersikap bodoh sombong didalam percaturan politik mereka, tak mustahil PAS akan kehilangan lebih banyak kerusi di Pilihanraya umum akan datang. Inilah yang cuba disuarakan oleh Bekas Timbalan Presiden PAS dan juga Bekas Pesuruhjaya Negeri Selangor.

Tapi apakah pemimpin tertinggi PAS mahu sedar...?

myKMU.net

No comments:

Post a Comment