Pergerakan Pemuda UMNO hari ini memberi penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor melalui Anugerah Kesatria Terbilang sempena Persidangan Perwakilan pergerakan itu di sini hari ini.
Allahyarham yang terkorban sebagai wira ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lalu, adalah penerima kedua anugerah tersebut sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2009.
Anugerah disampaikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, sebelum bermulanya persidangan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Suasana hiba menyelubungi dewan ketika klip video mengenai Noramfaizul dimainkan sehingga meruntun perasaan para perwakilan manakala ibu bapa Allahyarham, Mohd. Nor Yassin, 66, dan Naemah Abdul Majid, 63, yang turut hadir, dilihat menutup muka tidak dapat menahan kesedihan.
Keadaan dewan senyap seketika apabila para perwakilan bertafakur dan membacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Noramfaizul, 39, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda terbunuh akibat terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di negara bergolak itu.

No comments:
Post a Comment