Wednesday, December 14, 2011

Inilah Contoh Terbaeekk.., Ahli Parlimen Yang Tak Reti Nak Bersyukur....!! Hampehh....

Kalau namanya pembangkang, memang kerjanya membangkang. Walaupun dasar, bantuan dan polisi yang digunapakai memberi faedah terbanyak kepada Rakyat Malaysia keseluruhan, pembangkang tetap membangkang.

Satu contoh terbaik adalah mengenai kenyataan seorang Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yussuf, yang mempertikaikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Walaupun juak-juak PAS berebut-rebut beratur untuk mengambil borang, namun bagi Yang Berkhidmat (YB) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, beliau tetap bersangka buruk, berperasaan hasad dengki, tidak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih. Kenyataannya yang dipetik dari Haprakdaily,

Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi.

"Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Buat pengetahuan YB Zailah, wang perbelanjaan persekolahan sudahpun diberikan kepada pelajar-pelajar sebelum mereka bercuti panjang tempoh hari. Wang bantuan berkenaan iaitu RM100 bagi seorang pelajar telah diperuntukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang prihatin dengan masalah Rakyat.

Sekiranya anak ramai seperti yang didakwa oleh YB Zailah, bukankah ianya telah dibantu? Seorang dapat RM100, kalau satu keluarga mempunyai 10 orang anak, bukankah keluarga berkenaan mendapat bantuan sebanyak RM1,000? Wakil Rakyat Rantau Panjang ni tahu mengira ataupun tidak...?

Bantuan RM500 bukan sahaja untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM3,000, malah ianya turut meliputi warga emas, warga kebajikan dan kelompok yang memerlukan bantuan.

Selepas ini pula ada lagi bantuan untuk pelajar-pelajar Universiti. RM200 seorang akan diberikan untuk pelajar-pelajar berkenaan untuk kegunaan membeli buku-buku pelajaran. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional prihatin kepada Rakyat?

Nak harapkan Negara Berkebajikan PAS..? Nak berjanji bolehlah... Nak merasa nikmat, jangan haraplah....!!

Blog Cucu Tok Selampit

1 comment:

  1. Assalam

    YB rupanya, ingatkan perempuan Indon mana yang dibawa masuk oleh puak pembangkang... Kenapa dengki sangat...? Pedulikan maluan tu sebenarnya nak juga rasa RM500, tapi sebab tak layak semua orang dihasutnya... Ini jenis pemimpin hati busuk... tenguk air muka pun tahu yang dalam tu terlampau hitam dan busuk....

    ReplyDelete