Thursday, November 24, 2011

Tan Sri Khalid Nie Ganas..? Jom Kita Tanya Elizabeth Wong.....

Kemelut dan krisis dalaman termasuk agenda menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah satu cerita baru atau dakwaan palsu yang kononnya direka oleh UMNO terutama Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Ini adalah satu hakikat atau pekong yang sememangnya sukar untuk ditutup lagi sejak pakatan pembangkang menguasai Selangor

“Ini bukan cerita yang direka UMNO atau BN, Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa wujud usaha tertentu dari kalangan pemimpin PKR yangcubamenjatuhkan beliau. Ini disahkan sendiri oleh Anwar dan Azmin Ali.

“Soal siapa dan kenapa Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan, adalah perkara dalaman mereka. Biarpun ada berteori orang tertentu mengidam jawatan Menteri Besar, itu semua adalah sebahagian gambaran sebenar PKR yang selama ini mendabik dada bahawa parti mereka paling syumul di muka bumi ini,” demikian pandangan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

Tegas beliau lagi hakikatnya Khalid Ibrahim jelas gagal mengemudi bahtera Selangor sebagai Menteri Besar.

“Tempoh lebih tiga tahun Khalid Ibrahim khususnya pakatan pembangkang mengemudi Selangor apa yang jelas kelihatan adalah kerajaan negeri diwarnai dengan pelbagai skandal pentadbiran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sehingga membuatkan ada di kalangan ahli pakatan kurang selesa.

“Malah Khalid sendiri dilihat sekadar menjadi boneka pihak-pihak tertentu dalam pentadbirannya”, ujar beliau.

Terang Satim pelbagai isu seperti pemulangan arak, projek pasir, perumahan rakyat, kebanjiran pusat hiburan dan rumah urut termasuk isu DUMC–JAIS membuktikangayasebenar Khalid Ibrahim yang jelas menjadi keldai tunggangan kepada DAP sehingga sanggup membelakangkan baginda Sultan Selangor.

”Kini semuanya semakin bercelaru. Permasalahan rakyat yang kononnya menjadi perjuangan mereka sudah hilang entah ke mana. Perebutan kuasa dan politik sepak terajang di kalangan mereka sudah sampai ke tahap retak menanti belah.

”Jika Khalid dan konco-konconya benar-benar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, sudah pasti beliau tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat dengan menjual bangunan milik PKNS demi untuk menunjukkan kewangan negeri semakin kukuh, tidak akan tergamak menyusahkan pelajar dengan menutup asrama milik Yayasan Selangor dan sudah pasti beliau akan menghormati Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor dalam hal berkaitan akidah umat Islam!

”Namun beliau memilih untuk membelakangi rakyat dan Sultan demi untuk menjaga hati konco-konconya,” katanya yang juga merupakan ADUN Seri Serdang.

Tambah beliau lagi hari ini Khalid Ibrahim telah menjadi liabiliti kepada pakatan dan dibenci oleh rakyat Selangor kerana sikapnya yang keterlaluan menjaga kepentingan pihak tertentu.

”Maka usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau sedang giat dijalankan kononnya untuk menyelamatkan kerajaan pakatan.

“Ironinya, di sebalik semua ini mungkinkah ada tangan ghaib yang sedang mengintai peluang untuk menjarah segala hasil mahsul milik rakyat Selangor?

”Segala masalah yang selama ini membelenggu kerajaan pakatan dilonggokkan di bahu Khalid Ibrahim sebagai kambing hitam. Ini adalah sebahagian putaran ganas permainan politik pakatan. Jelas mereka ini gagal membawa kemakmuran kepada rakyat negeri Selangor sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi,” ujarnya. - MediaUMNO

1 comment:

  1. Lawyer Lydia
    salam Hormat


    Buah Tangan Untuk Anda:


    Dr M: Demo&Oli
    (http://chedet.cc/blog/?p=641#comment-135793)


    Ini adalah potong dan tampal dari komen yang sedang dalam pertimbangan:

    Dear Dr Mahathir
    Salaams


    The Positronic Malay
    (he wants to be an insan not just another umno member)

    Democracy And Oligarchy is short posting.
    I wonder why Demo&Oli is here when next week is Perhimpunan Agung UMNO. There should be other things on our minds, too; if just to fill the time with good thoughts when one is blessed with useful times.

    Bernama (http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=629653) said Dr Mahathir said those making criticism must be careful so that the matters raised were not used as issues by the opposition. That is a clever thought, I say.

    Democracy of the Americans and Euro has failed when with their capitalist abuses seek Oligarchic China to help them out of the present financial crisis. Now, how is the PRC trying to help out? Can PRC go alone to help them out of the crisis or will it be proved contagious unless help is given wisely prescribed and diligently, intelligently carried out.

    The present financial crisis is both fragile and complex, the way one see it. In America, there is the Occupy Wall Street movement. There is a facebook page created for Cause called Occupy Wall Street (http://www.facebook.com/Gilded.Age?sk=info) and on the info page it is stated Mission
    To end corporate corruption of our governments and our lives. As of writing, OWS is in it's 70th day. There is a posting Senators Demand the Military Lock Up American Citizens in a “Battlefield” They Define as Being Right (www.aclu.org) that one would read again if one find it needing going over.

    In China, they have started trading gold in Hong Kong. Where does China gets her supply of gold from and how does China converts semi-worthless but important papers into more credit-worthy things. There are talks of a housing bubble and food price inflation.

    This posting is a very nice distraction from thinking too much about the PAU. You can't have too much PAU in you. It will give you a lot of gas.

    Holding on to that thought, it is good, too to know that Dr Mahahtir is not thinking of how can Malaysia go about helping both Demo&Oli and still be Merdeka enough to deliver Vision2020 and at the same time please the Arabs, the Palestinians, the Mid East if not the world in the end. Which is a much, much heavier excuse for one to dwell on than pleasing oneself and please one's lord, a positronic malay would reason.

    If only one could know more about the capitalist abuses, then one can try to seek for solution when one understands the causes, don't you think, Dr Mahathir?


    Sekian dan Thank You



    apa bezanya mb khalid dengan pm najib selain jawatan mereka? is my question for lawyer lydia


    Sekian

    ReplyDelete