Saturday, November 26, 2011

Demi Anwar Ibrahim...!! Azmin Ali Sanggup Lakukan Ape Saje.....

Penulis sedikit tergamam tadi bila baca ‘ikrar’ Azmin Ali dalam ucapan dasar perasmian Persidangan AMK dan Wanita PKR bahawa Anwar akan tetap dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya (mintak jauh) Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan di Malaysia.

Kalau ikut pembacaan penulis dalam Suara Keadilan Online, katanya ikrar tu ditujukan kepada UMNO – berkisar tentang kebarangkalian Anwar nak masuk penjara!! Macamlah UMNO yang ada kuasa hantar siapa ke penjara ke tidaknya.

Pelik, kenapa UMNO yang tidak kena mengena langsung dengan PR dan PKR boleh dikaitkan dengan soal depa nak lantik siapa jadi Perdana Menteri?

Memahamkan politik PKR ni, penulis simpulkan bahawa ‘ikrar’ itu dan perincian lain dalam ucapannya tidaklah ditujukan kepada UMNO sebenarnya, sebaliknya kepada PAS dan DAP yang turut menghantar wakil pemuda dan pemudi masing-masing dalam persidangan petang tadi. Bak kata orang melayulah, sindir anak pukul menantu.

Sebab apa, seperti disebut di atas, takde halnya UMNO nak masuk campur dalam urusan organisasi tak berdaftar macam PR. Tak kena mengena satu hal, tak boleh pun satu hal juga. Siapa yang boleh, kalau bukan PAS dan DAP!!

Itu menunjukkan memang benar cakap-cakap bahawa ada perpecahan yang tidak nampak, berlaku dalam Pakatan Rakyat. Perbalahan komponen pakatan haram pembangkang yang begitu ketara sekali kebelakangan ini seperti dilihat dalam isu PPSMI, Seksualiti Merdeka dan Hudud, membuktikan kepada kebenaran pendapat penulis itu.

Semua ini soal kuasa dan duitlah. Sekarang masing-masing dah pasang angan-angan nak jadi Perdana Menteri dan menteri. DAP paling tidak berpuas hati sebab khabarnya Lim Kit Siang ‘digugurkan’ daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya Hadi Awang yang dinamakan untuk jawatan tersebut.

Dengan Pakatan Rakyat ini tidak didaftarkan, sesiapa pun boleh buat keputusan dan pendirian yang tak dapat dipastikan mana satu yang rasmi. Tak hairan kalau benda yang tak pernah timbul persoalan macam soal melantik Anwar jadi Perdana Menteri ini, ditimbulkan sekarang.

Tambahan lagi PR seperti yang kita tahu cukup bijak dalam 2 perkara. Pertama, menunjuk kuat walaupun lemah dari segala segi, kedua, memutar belitkan isu sehingga yang putih jadi hitam dan vice versea. Jadi kalau pun ada keretakan yang ternampak dek rakyat, depa cukup pandai bermuka-muka seolah tidak ada apa-apa.

Soalnya sekarang, macam mana rakyat nak sandarkan keyakinan kepada perikatan yang macam ini? Soal-soal asas pun tak boleh nak bersetuju, apatah lagi soal-soal yang nampak remeh tapi penting? Itu baru bercakap mengenai Perdana Menteri, barisan kabinet yang lain macam mana pula?

Sebab itu Perdana Menteri selalu membangkitkan soal kabinet bayangan Pakatan, bukan tujuan Perdana Menteri tu tak masuk campur tapi kabinet bayangan itu akan menunjukkan betul ke Pakatan ni bersetuju dalam banyak hal seperti mana yang depa nak rakyat percaya. Kalau depa sibuk berebut nak lantik siapa untuk jadi apa, apahal dengan rakyat dan negara?

Soal pemilihan Perdana Menteri bukan mudah tau, toksah kata kata Pakatan Rakyatlah, UMNO dan BN yang dah lebih 50 tahun memerintah inipun pernah tersalah letak orang jadi Presiden seterusnya Perdana Menteri.

Nak menjatuhkannya balik bukan mudah, hilang majoriti 2/3 dan 5 negeri ke tangan pembangkang tu. Kata orang Indonesia, “ini soal ‘Kepala Negara’ pak”. Dengan ‘kepala’ Anwar pun banyak sangat dinamik (semua lubang boleh masuk), faham-faham sudahlah.

Jadi janganlah percaya kalau Pakatan ambil alih takde masalah, itu elok ini elok, semua tu propaganda saja.

Negara kita ni sebenarnya rapuh dalam banyak hal. Perhubungan antara kaum masih lagi masalah besar, kalau tak ditangani dengan baik, akan jadi lebih besar juga. Dengan Anwar tak tetap pendirian, depan cina cakap lain, melayu cakap lain, india cakap lain, nak harap apa untuk kendalikan semua ni?

Kesimpulannya, undilah BN.. [my.KMU.net]

2 comments:

  1. Aku kira DSAI adalah mahluk dan orang Melayu Islam yang paling berani diatas muka bumi ini. Apa tidaknya dia tak takut pada semua orang termasuk Allah SWT.

    Sanggup meliwat, berzina, fitnah, bohong, rasuah, membelit, iri hati dan banyak lagi. Keberaniannya memang menakjubkan.

    Tidak takut pada akhirat. "Ah, nanti boleh taubat, settle semua. Allah maha mengampun"

    ReplyDelete
  2. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Hidangan Cik Pudina sungguh pun manis-manis buah, mengusap minda semacam teh pudina asli orang Maghribi.

    Cik Pudina,

    Dalam UMNO kita bernasib baik telah tidak ada orang macam Anwar bin Ibrahim.

    Ya, tetapi Nurul Izzah anak Anwar keberanianya lagi menakjubkan.

    Di Selangor siapa yang layak ganti Khir Toyo? Apa perlu digantikan 'winnable candidate' yang seorang ini?

    Mungkin ada yang mengatakan, memfitnahkan dia Khir Toyo doktor gigi inilah sebenarnya tangan panjang ghaib disebalik semua amalan rasuah yang dibabitkan orang-orang UMNO kecil dan besar di seluruh pelusuk tanah air. Maklumlah dia Khir Toyo Jawa berani dan hebat.

    Maaf, kerana tak berapa suka cerita Anwar memalitkan UMNO. Saya hanya mahu bina kes kukuh untuk mahu bawa turun najib seorang yang warak dan sungguh amanah dari kerusi PM, ASAP.

    DOWN WITH NAJIB!
    BRING NAJIB DOWN!

    hanya baru setakat mentera.


    Sekian

    ReplyDelete