Friday, November 25, 2011

FuyOO..! Kuatnya Azmin Ali Nak Pecahkan Tembok Penjara Sg Buloh Nak Bebaskan Anwar Ibrahim...

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.

Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."

"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera berniali RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.

"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.

"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi.

1 comment:

  1. Salam perjuangan tuan,

    Kami mohon jasa baik tuan untuk letakkan link blog ikrar pemuda dan blog tuan. Kami juga akan link kan blog tuan dalam blog ikrar pemuda.

    Bersama kita melanyak pakatan haram demi menjaga agama, bangsa dan negara tercinta ini.

    Sekian. T. Kasih.

    Team Ikrar Pemuda
    http://ikrarpemuda.blogspot.com

    ReplyDelete