Catriona Ross Baharin berkata, ada rakan-rakan yang berasal dari sekolah dan kampung yang sama hilang dari sisinya ekoran perubahan yang berlaku kepada dirinya.
Menurutnya, mungkin rakan-rakan yang `hilang’ itu merasa segan dengan perubahan dirinya yang tidak sesuai dengan mereka dari segi berpakaian, pemikiran dan percakapan.
“Saya maafkan mereka,” ujarnya pada Forum Dhuha yang diadakan di Surau al-Hidayah, Seksyen 7, Kota Damansara pagi tadi. Turut menjadi panel ialah Ustaz Yusof Embong.
Meskipun begitu, beliau merasakan perubahan yang berlaku kepadanya sekarang disukai ramai manusia.
Justeru, artis kelahiran Kelantan itu merasa lebih selesa dan sangat bahagia dengan suasana yang dilalui kini.
“Saya sangat-sangat bahagia sekarang, tak sesibuk dulu, saya tak sesibuk dulu, saya tak shooting sekarang,” ujarnya lagi.
Katanya, situasi yang dilalui itu dapat memberi peluang kepada orang ramai supaya memahami perubahan yang berlaku kepadanya.
Sehubungan itu, ujarnya ada di kalangan masyarakat yang menggelarnya ustazah dan beliau berdoa agar dapat menjadi pendidik selaras dengan gelaran itu.
Catriona juga merasa lebih selesa dengan memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta.
Baginya, perubahan yang berlaku kepadanya itu telah mengembalikan beliau kepada fitrah manusia.
“Saya bersyukur kepada Allah, hidup saya berubah dalam sekelip mata,” katanya.
Beliau menambah, apa yang berlaku itu juga telah mengangkat darjat dirinya dan memberi kekuatan bagi menjalani kehidupan sekarang.

Lawyer Lydia
ReplyDeleteSalam Hormat
Salam Maal Hijrah
(ia bermula dengan niat yang ikhlas)
Sengaja disibuk-sibukan menurun komen pada cerita wanita cantik adalah persoalan mengenai kepercayaan dan integriti.
Tiadalah pandai manira mengukir kata seindah coretan si Kuda-Kepand - YBhg Dato Ruhanie Ahmad:
Friday, November 25, 2011
INTEGRITI DALAM POLITIK
Ruhanie Ahmad
...Integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibaliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati-budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain, terutamanya mereka yang berjawatan, paling khusus sekali dalam arena siasah, iaitu para Menteri serta Ahli Parlimen.
Secara negatifnya, fenomena ini dikaitkan dengan perilaku songsang penjawat politik terbabit --- sama ada mereka rasuah, bermoral rendah, berperilaku bajingan, bersikap oportunis, hanya mementingkan diri sendiri, dan tidak mempedulikan mandat yang diterimanya daripada rakyat jelata menerusi pilihan raya umum. Intrepretasi ini dikonseptualisasikan daripada pengalaman peribadi saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor, selama 14 tahun (1990-2004)...
Apakah saya dengan integriti najib?
Bagaimana anda melihat ia semua.
Integriti PK nyata bagi saya orang UMNO
Tetapi mengapakah integriti najib juga saya persoalkan?
Kenapa harus gusar dalam susana ekonomi negara 'okay-okay' sahaja? Itu pun alhamdulillah.
Yang pasti apa yang ingin kita sampaikan, harapnya tersampai sudah. Alhamdulillah.
Harapnya dapat diteliti posting Bung Kuda-Kepang ini.
Sekian dan Salam Takzim Maal Hijrah