Saturday, November 26, 2011

Kalau Orang Melayu Islam Berjaya Dalam Bisnes..., Bangsa Lain Mesti Jelez..! Baca Nie...

Apabila isu fidlot menjadi heboh, saya hanya memerhatikan perkembangan tersebut dengan teliti. Ada beberapa perkara yang dapat saya kesan berdasarkan pemerhatian saya sebagai orang awam dan orang Islam.

Bagi saya, NFC yang baru hendak masuk tahun ketiga beroperasi mungkin mempunyai kelemahan di sana sini. Apatah lagi wujud perjanjian yang masih belum dan lambat ditandatangani dengan pihak kerajaan menyaksikan, operasi tersebut tidak dapat dijalankan secara menyeluruh.

Lagipun NFC mengambilalih kerja-kerja yang ditinggalkan oleh sebuah syarikat dari luar negara yang sepatutnya menjadi kontraktor utama, membuatkan seluruh operasi terpaksa dimulakan dari awal.

Namun berdasarkan bukti-bukti serta selarinya dengan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan sasaran 8,000 lembu bagi tahun 2010 telah dapat dicapai, saya melihat syarikat tersebut sedang berada di atas landasan yang kukuh dan tepat.

Saya tidak bermaksud hendak membela NFC kerana saya hanyalah seorang pembaca laporan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara dan lawatan yang dibuat ke ladang tersebut baru-baru ini, hanyalah lawatan singkat. Beribu-ribu lembu yang saya lihat di ladang itu, mungkin baru sahaja dimasukkan ke kandang fidlot untuk mengelabui mata saya.

Jangan kata tidak mustahil, memandangkan Malaysiakini sebelum itu, melaporkan hanya seekor lembu yang kelihatan. Manakala Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution pula menyatakan, ladang tersebut memiliki kurang dari 100 ekor lembu walaupun penyembelihan yang dijalankan adalah 30 seekor sehari dengan menggunakan rumah penyembelihan kecil.

Saya melihat perkembangan masakini menyaksikan umat Islam yang sudah sekian lama ditindas dari segi ekonomi, mulai bangkit. Kalaupun tidak di seluruh dunia, saya melihat perkembangan itu di Malaysia.

Bantuan dan kesungguhan daripada kerajaan yang berteraskan Melayu UMNO berjaya menghasilkan sejumlah ahli-ahli perniagaan Melayu-Bumiputera dan Pribumi yang berjaya.

Pasaran daging negara selama ini dikuasai oleh kartel-kartel yang dimiliki oleh bukan Islam. Walaupun halalan-toyyiban menjadi ungkapan yang menyegarkan telinga, sebenarnya penghasilan daging lembu untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini amat meragukan.

Hanya kerana umat Islam di negara ini mempunyai sikap 'tidak apa', maka umat Islam terus ditindas dan dizalimi. Sebarang usaha untuk memastikan sektor perniagaan, turut dikuasai oleh firma-firma Islam dan Bumiputera akan dicantas habis-habisan. Paling tidak pun, akan dipalitkan dengan label KRONISME dan RASUAH bagi menjatuhkan moral dan menyebabkan putus asa.

Sekitar tahun 1985 dahulu, apabila Malaysia berjaya menghasilkan Proton Saga, kaum yang sama menyatakan bahawa Proton Saga bukanlah sebuah kereta sebaliknya, TIN MILO YANG BERGERAK.

Permintaan tinggi kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding kereta-kereta biasa, malangnya ia tidak boleh dipasarkan kerana pemasar-pemasar sedia ada mempunyai 'mutual understanding' dengan pihak-pihak taikun besar pemasar kereta.

Read more..., please click here

1 comment:

  1. Lawyer Lydia
    Salam Hormat

    Circumstantial Evidence
    (when further proof is needed)

    Itulah perbahsannya; siapa yang layak mengurus NFC? Pengurusan sekarang sudah timbulkan banyak persoalan, yang besar bagi saya pengurusan kewangan; tetapi kenapa perlu ada hirau tentang lambat sain kontrak? Kenapa ada unsur terkejar-kejar' dan pada amsa yang sama ada unsur melengah-lengahkan?' Darimana datangnya unsur-unsur ini? Projek kerajaan diurus oleh pembesar UMNO sendiri. Ini baru setakat syarikat kerajaan berskala RM250 juta.

    Maaf, kerana cerita kita 'a leopard will never loose its spots'; najib bagaimana pula dengan kesan demam campaknya?

    Fikir good times and kemudian fikir bad times
    good times bad times contrast - austerity drive in NATO is a further deliberation

    Bad mangement in good times can be tolerated;
    but bad management in bad times would most probably
    bring about tragedy, do you agree?

    At the moment, from this posting the way I see it is this: non-malays are having a good laugh at the failure of BNUMNO company management to the extent a non-malay can loot the coffer of the management and the police can not do much.

    One reason Greece default is many citizen evade tax
    One reason for Italian default fears is not enough returns to service soverign debts, is that not right?

    Why should we tolerate najib as PM when he is just another cow we can pull along by the nose when somebody else can do a better job; and at the same time exercise our fundamental rights as good citizens for better leadership.

    Or are we expecting good times when PRU13 is over, Lawyer Lydia?

    It is very nice to be reminded of May 13th 1969; but now it is all human rights. The right of superpower to decide who get what when.

    Was ever najib as good as his father?
    najib is certainly a good smooth talker, that I give you, lawyer Lydia.

    Of course, to consider bad management - what do we need to even the balance a bit? Better Courts; AG officers, honorable PDRM and MACC?

    DOWN WITH NAJIB!
    BRING DOWN NAJIB!
    hanyalah mentera.

    Sekian dan Salam Hormat

    ReplyDelete