Akhirnya, terpaksalah kita akui bahawa Rafizi Ramli yang bukan sahaja disokong oleh kartel-kartel, para pemimpinnya, bahkan dari kalangan yang mengaku memperjuangkan UMNO dan Kerajaan pun, sebagai seorang pemimpin yang hebat dan berwawasan jauh.
Menurutnya, pelaburan hartanah yang dilakukan oleh NFC sebenarnya adalah pelaburan yang salah. Orang yang membuat pelaburan dengan membeli aset di kawasan hartanah mewah, tidak mengetahui tentang fenomena penurunan harga dari tahun 2010 sehingga ke beberapa tahun akan datang.
Begitu juga dengan ceritanya, kononnya sewa unit pelaburan tersebut akan menurun. (BACA DI SINI)
Entah dari mana agaknya, budak bernama Rafizi ini mendapat ilmu pengetahuan tentang hartanah. Barangkali dia boleh menunjukkan kepada awam, di mana atau di kawasan mana sebenarnya lokasi pelaburan hartanah yang mengalami penurunan.
Bahkan mungkin Rafizi boleh menuding jari mana satu agaknya, unit hartanah yang disewa mengalami penurunan kadar sewa dari setahun ke setahun dan kemudian berakhir dengan kerugian di mana-mana sahaja tempatnya di negara ini.
Belum pernah didengar lagi, pelaburan ke atas hartanah akan mengalami penyusutan atau penurunan. Inilah kali pertama dan lebih menakjubkan, orang yang menuturkan teori berkenaan bekerja di pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor.
Mungkin disebabkan teori itulah, habis segala bangunan milik anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dijual bagi mengelakkan kerugian akibat penurunan nilai seperti yang dilakukan oleh kerajaan Teresa-Khalid semenjak tiga tahun kebelakangan ini.
Mungkin untuk mengelakkan PKNS dan Yayasan Selangor kerugian besar, maka nasihat diberikan agar semua aset PKNS dan Yayasan Selangor yang bernilai tinggi dilepaskan bagi mendapatkan wang tunai yang banyak dan boleh dibangga-banggakan.
Tak sangka, rupa-rupanya bijak-bijak belaka orang PKR ini sehinggakan pelaburan ke atas hartanah mewah pun disamakan dengan pelaburan ke atas barangan mewah. Tentu Rafizi boleh menjawab, mengapa agaknya Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang.
Adakah Rafizi akan memberitahu, hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya, ekoran trend penurunan sebagaimana yang didakwanya?
Patutlah para penyokong Pakatan buta perut, pemimpin mereka sendiri pun memang tak berakal!!!
The Flying Kick

No comments:
Post a Comment