Friday, November 25, 2011

Inilah Padahnya Bila Terlalu Banyak Minum Air Tangan Dap....., Sultan Pun Dilawannya!

Aziz Bari sudah terlalu hebat lagi kebal - hampir semua pihak tidak lagi berupaya "menyentuh" dirinya lagi - hatta Sultan Selangor pun seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap penghinaan serta kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh Profesor serba tahu ini terhadap kesultanan dan institusi Islam Selangor.

Bagi Aziz Bari apa-apa sahaja yang melibatkan tindakan Sultan Selangor hampir semuanya serba tidak kena di sisi undang-undang. Dengan kata lain, hanya tafsiran beliau sahajalah yang betul lagi tepat dari segi perundangan dan kehakiman - pooorahhh.

Sejak beliau "bebas" daripada hukuman UIA - egonya makin menyerlah - sehingga barangkali, rakyat Selangor sudah mula membuat sindiran pedas, "Siapa sebenarnya Sultan Selangor?

Aziz Bari atau Sultan Sharafuddin?" Malah ada juga yang sinis berkata, Profesor Undang-undang itu sudah pun memiliki gelaran baharu, iaitu "Raja Abdul Aziz Bari" - hebat, sungguh hebat Aziz Bari.

Elok sangatlah Malaysia mempunyai banyak profesor yang menjunjung kebebasan akademik dan bersuara seperti Aziz Bari ini - lagi cepat negara ini lingkup dan jahanam. Di tambah lagi dengan manusia seperti Ambiga - pejuang homoseksual. Lepas ini Majlis Peguam diminta memperjuangkan pula hak asasi kumpulan manusia yang melakukan seks dengan binatang - barulah lengkap!

SHAH ALAM, 24 Nov – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan pensyarah Prof Abdul Aziz Bari kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.

“Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.

“Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul,” titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam titah baginda lagi, Sultan Selangor menyarankan agar setiap jabatan dan agensi di Selangor mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan oleh pihak audit agar masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan dapat dielakkan.

“Beta berharap ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini sentiasa memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kewangan dan memastikan segala peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi agar tidak ditegur audit,” titahnya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata pembinaan Wisma Audit seumpama ini adalah yang ketiga selepas Perak dan Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment