Tanda tanya semakin besar siapa dalang di belakang Tony Pua yang mengetuai kumpulan Pakatan untuk menghentam Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Berdasarkan modus operandi yang dilakukan oleh Tony Pua dengan dibantu oleh Nurul Izzah, tidak mustahil kedua-duanya itu mewakili pemilik-pemilik rangkaian kedai runcit yang menggunakan konsep mini market.
KR1M sangat membimbangkan puak-puak ini. Ditambah pula dengan bantuan daripada Petronas yang memiliki outlet peruncitan di stesen-stesen petrol mereka, menjadikan KR1M satu jenama yang benar-benar mengancam pemonopolian golongan berkenaan.
Mempertikaikan tentang harga beberapa jenis barangan yang kononnya, lebih mahal berbanding hypermarket lain, merupakan cara termudah bagi Tony Pua dan Nurul Izzah mempertahankan pemonopolian tersebut. Mereka seperti cuba menggambarkan negara ini dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan dan semua barangan dikawal harganya oleh kerajaan.
Anehnya, mengapa Tony Pua dan Nurul Izzah tidak membandingkan harga murah yang ditawarkan oleh KR1M dengan barangan yang dijual oleh hypermarket pada harga yang lebih tinggi? Mengapa hanya barangan terpilih dan tidak secara keseluruhannya?
Tanda tanya timbul, skrip siapakah yang digunakan oleh Tony Pua dan Nurul Izzah? Tony Pua dan Nurul Izzah tidak bercakap kerana mereka ingin bercakap tetapi kerana mereka disuruh bercakap.
Sebagai balasannya, sudah tentulah bantuan dalam bentuk kewangan untuk parti-parti mereka bertanding dalam pilihanraya nanti.
Di sini sahaja, kita sudah boleh melihat apa sebenarnya yang dinamakan Pakatan Rakyat. Siapa atau golongan mana yang sebenarnya menjadi sasaran pembelaan mereka.
Kepentingan siapa yang mereka cuba jaga dan mengapa mereka begitu risau jikalau rakyat mampu membeli barangan keperluan pada harga yang lebih murah.
Justeru, memang tidak menghairankan mengapa sebenarnya Tony Pua dan Nurul Izzah amat resah dengan perkembangan terkini berhubung KR1M. Lebih banyak KR1M terbina, lebih banyak sokongan yang diberikan kepada KR1M, maka lebih lemahlah Pakatan Rakyat.
Lebih kuat sambutan rakyat terhadap KR1M, maka taktik mentohmah kerajaan kononnya harga barangan sengaja dinaikkan oleh kerajaan sebagai dana pilihanraya, akan mati dengan sendirinya!!! [Kaki Terbang...]

No comments:
Post a Comment