Wednesday, November 9, 2011

Nak Pastikan Bumiputera Gagal, Itu Tugas Khas Rafizi Pkr...!!

Mungkin ramai yang tidak sedar tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini terutama sekali yang membabitkan penguasaan kartel-kartel pengimport makanan ke Malaysia.

Malaysia tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup di dalam negara dan terpaksa membeli makanan dari luar untuk menampung keperluan asasi itu.

Dan kalaupun mampu serta cukup untuk penghasilan dalam negeri, akan ada satu pihak yang menjadi kuasa pendesak untuk memastikan, negara memerlukan komoditi import dan merekalah penguasa import berkenaan menerusi penguasaan pasaran, pengedaran dan penetapan harga.

Para penyokong DAP yang cuba membangkitkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Cina, cuba mengungkit tentang penguasaan syarikat-syarikat Bumiputera dalam BERNAS walaupun banyak syarikat beras yang bernaung di bawah jenama BERNAS itu adalah syarikat bukan bumiputera.

DAP juga dikesan cuba membangkitkan persoalan tentang penguasaan syarikat Bumiputera yang membeli ladang padi di sebuah negara di Indochina. Begitu juga dengan cubaan sebuah lagi syarikat Bumiputera yang melabur di Asia Tengah dalam bidang perladangan bagi memastikan stok makanan kecemasan untuk Malaysia terjamin.

Bagaimanapun, DAP tidak pernah membangkitkan persoalan tentang penguasaan syarikat-syarikat bukan Bumiputera dalam penguasaan empayar makanan yang lain, contohnya pengimportan daging.

Sebahagian daripada pendana utama untuk pilihanraya, adalah bersumberkan kartel-kartel ini. Kartel-kartel ini menggunakan orang-orang politik bagi memastikan monopoli mereka tidak terjejas.

Tahukah anda, keseluruhan pengimport daging ke negara ini dikuasai oleh syarikat-syarikat bukan Bumiputera dan bukan Islam? Tahukah anda berapa nilai sebenar pengimportan daging halal ke negara ini? Dan tahukah anda bagaimana kartel-kartel ini memastikan penguasaaan empayar mereka tidak terjejas?

Malaysia secara amnya merupakan sebuah negara yang lengkap serba-serbi. Sebagai sebuah negara yang subur, mempunyai hujan yang mencukupi, cuaca yang baik dan mempunyai sumber yang lebih dari mencukupi, tidak seharusnya Malaysia menjadi pengimport makanan terbesar bagi rakyat yang berjumlah 27 juta orang.

Seringkali dipersalahkan tentang kepenggunaan tanah yang tidak cekap. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana pasaran telah 'ditutup' dan dihalang oleh kartel-kartel berkenaan untuk memastikan, mereka boleh terus mengimport dan mendominasi harga pasaran.

Pengusaha-pengusaha tempatan amat sukar menjual penghasilan mereka kerana hampir keseluruhan rangkaian pengedar, pemborong dan orang tengah enggan memberikan kerjasama dan tidak mahu memecahkan monopoli mereka selama ini.

Pernahkah terfikir, ketika puak-puak ini memperjuangkan peluang perniagaan yang seciput pada Bumiputera dan mempersoalkan bantuan atau soft loan yang diterima walaupun kelompok mereka sendiri sudah menerima kemudahan tersebut jauh lebih lama dan lebih besar dari kelompok bumiputera, mereka enggan membuka peluang monopoli yang telah mereka kuasai sekian lama

Dan untuk menjaga monopoli tersebut, mereka mempergunakan segala peluang, termasuklah ahli-ahli politik Melayu-Bumiputera bagi memutarbelitkan perkara sebenar.

Petikan artikel Blogger The Flying Kick.

No comments:

Post a Comment