Thursday, June 30, 2011

Yb Seri Muda Dulu Derhaka Sultan..., Sekarang HASUT Rakyat Pulak Benci Polis.., Dia Kata Polis Macam Israel, Macam Gurkha...!

Pada pandangan LG, Yb Seri Muda Suhaimi Shafie patut kena tahan bawah Akta Hasutan...!

Statement yang dibuat memang nampak menghasut rakyat supaya jadik takut, dia siap tuduh kerajaan akan declare darurat kalau perhimpuna haram Bersih tetap diteruskan.

Ini memang trick and tactic pembangkang nak bakar semangat penyokong2 mereka. Polis tak boleh biarkan statement macam ni boleh cetus “unrest situation..”.

PKR Ramal Putrajaya Isytihar Darurat Halang Himpinan Bersih 2.0

PETALING JAYA, 29 Jun — Kepimpinan PKR menjangkakan pentadbiran Najib akan mengisytiharkan darurat di ibu negara sebagai jalan terakhir bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang untuk didakan awal bulan depan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei berkata melihat pada perkembangan sejak beberapa hari lalu termasuk tindakan polis menahan aktivis Bersih 2.0 dan menyoal siasat pemimpin-pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat.

“Kita jangka mereka akan menggunakan apa juga cara termasuk mengenakan darurat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.”

Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata pihaknya yakin semua perkembangan semasa sedang menjurus ke arah Putrajaya akan mengambil tindakan terdesak ini.

“Kita sedang menjurus ke arah itu... ini tindakan mereka di Putrajaya, yang takut akan kehilangan kuasa.”

“Namun begitu, tindakan ini tidak akan menyekat kemaraan rakyat yang sudah pun tahu mengenai hak mereka,” kata beliau sambil menambah tindakan pihak berkuasa ini juga tidak boleh menghalang “api kemarahan” rakyat.

“Apa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas memperlihatkan ketakutan ‘ngeri’ pemerintah di Putrajaya...”

Shuhaimi berkata, “mengapakah pihak berkenaan rela diperlakukan bagaikan ‘gurka’ Nepal zaman penjajah kepada pihak yang berkepentingan sedangkan tugas utama pasukan keselamatan adalah menjaga rakyat.”

“Rakyat berhujah, tindak tanduk polis Malaysia kebelakangan ini tidak ubah seperti polis Israel yang menyekat kebangkitan rakyat Palestin satu ketika dahulu,” kata beliau dan menambah, “pastinya ia adalah mengikut selera pimpinan Umno BN.”


[Taken from Malaysian Insider, please click here]

1 comment:

  1. Yb Seri Muda Suhaimi Shafie ni pulak macam lembu pendek yang suka dimakan komunis dalam hutan.

    ReplyDelete