Tuesday, June 14, 2011

Kenape Tak Habis2 Nak Fitnah Dr Rais Yatim..??


Fitnah terbaru Rais Yatim membazirkan RM100 juta di dalam sehari untuk sambutan Hari Seniman satu fitnah yang tidak masuk akal,berniat jahat dan bertujuan untuk menjejaskan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin UMNO dan kerajaan yang mahu menamatkan kerjaya politik secara bertanggungjawab bila tiba masanya setelah berkhidmat dengan 6 Perdana Menteri.

Kita tahu siapa tangan-tangan ghaib di belakang BERNAMA ini yang telah diswastakan penyiarannya.Kita tahu siapa yang berniat jahat dan ingin membalas dendam terhadap tindakan Rais yatim yang mengheret beberapa individu ke mahkamah kerana memfitnah beliau dalam kes pembantu rumahnya dan barangkali senjata fitnah yang menggunakan Bernama ini dilihat senjata yang boleh makan tuan rupanya hanyalah sebuah fitnah terancang…

Tidak cukup dengan serangan daripada portal atau blog tersebut ianya turut menerima reaksi segera daripada Ketua Menteri Pulau Pinang kononnya, sebahagian jumlah itu atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival Warisan Georgetown selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Katanya lagi, DAPig terperanjat (kononnya) dengan laporan BERNAMA bahawa sebanyak RM100 juta telah dihabiskan untuk menyambut Hari Seniman pada 29 Mei lalu tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada penggiat seni.

Read more…, please
click here

1 comment:

  1. Assalamualaikum Kak Lydia.

    Saya Firdaus, wartawan dari Bernama yang bertanggungjawab menulis berita mengenai RM100 juta.

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=593140.

    Saya dah buat clarification dan correction story di http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=593500.

    Saya mohon blogger yang bertelagah dan berkepentingan dalam menjuarai isu ni harap tak panjangkan lagi benda ni sebab saya sedia maklum mengenai konflik Bernama TV.

    Ingin ditegaskan Bernama TV dan Bernama adalah entiti berlainan. Tangan ghaib itu saya maklum merujuk kepada sesiapa, tapi tangan ghaib itu tidak ada sebarang kepentingan dalam Agensi Bernama.

    Terima kasih.

    http://twitter.com/dearfirdaus

    ReplyDelete