Wednesday, June 8, 2011

KANTOI ..! Datuk Musa & Datuk Nur Jazlan Bersandiwara Aje Lah…. Mereka Tak Gaduh, Cuma Nak Cover Isu Jual Tanah Jln Sultan Ismail


Ramai dikalangan blogger nampaknya menghentam Dato' Musa Sheikh Fadzir dan menyiarkan kenyataan dari Pengerusi UDA Dato' Nur Jazlan Mohamed. Oleh kerana disensasikan, maka kelihatan Musa dan Nur Jazlan seakan-akan bertelingkah, walhal sebenarnya tidak.

Bagi aku, mereka berdua ni bertelingkah untuk mencipta satu isu sensasi untuk menutup isu yang lain.

Mula-mula cuba kau orang kaji, dari mana UDA Holdings cekau duit untuk bayar premium tanah bekas tapak Penjara Pudu yang berjumlah RM104 juta? UDA Holdings jual tanah kepada Mutiara Goodyear Development Berhad dengan harga RM215.5 juta. Nak bagi kau orang puas hati, aku paste kenyataan Nur Jazlan diterbit oleh
Utusan.

KUALA LUMPUR 1 JunUDA Holdings Bhd (UDA Holdings) memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.15 hektar di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Bhd. pada harga RM215.5 juta bagi membayar baki premium tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta, yang masih tertunggak, sebelum September ini.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjualan tanah itu, selain boleh membiayai projek tergendala, juga mampu mengukuhkan semula aliran tunai kewangan UDA Holdings yang kini berjumlah RM90 juta.

"Atas pertimbangan itu, UDA Holdings perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik iaitu lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi.

"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
– Bernama

Kalau kau orang dah check di Mutiara Goodyear Development Bhd, tertera nama Harun Faudzar yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif. Siapa pula Harun Faudzar? Harun Faudzar ialah sepupu Musa. Cuba tengok gambar (bawah) dan baca berita yang aku petik dari
Agenda Daily.


Dari kiri Musa Sheikh Fadzir,Nadzir Sheikh Fadzir,Harun Faudzar,Omar Faudzar,Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir…

1. Antara yang kelihatan relax untuk berdepan dengan pemilihan Umno September ini ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir.
2. Sebagai Menteri Penerangan publisiti untuk dirinya memang tak tidak jadi masalah.
3. Bukan sahaja kerana pegang kementerian cerita Kadir kerap keluar tv dan suratkhabar.
4. Sejak di Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dulu ahli Majlis Tertinggi Umno ini memang terkenal konsisten dengan kerjanya.
5. Sebagai Ketua Umno bahagian Kulim Bandar Bharu siapa pun tak boleh goncang kedudukannya.
6. Satu lagi kekuatan Kadir yang mungkin ramai tidak sedar ialah rangkaian keluarga besarnya yang jadi orang kuat di beberapa bahagian Umno.
7. Adiknya Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang nak tamat tempoh jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Baling di Kedah.
8. Seorang lagi adiknya Haidar yang dulu Ketua Pemuda Kepong dan bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan kini adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Kepong.
9. Saudaranya Omar Faudzar ialah Ketua Umno Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang.Satu lagi bahagian di Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam juga diketuai oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir.
10. Di bahagian Jelutong pula Nadzir Sheikh Fadzir ialah salah seorang ahli jawatankuasa bahagian.
11. Dalam bahagian Nibong Tebal juga ada saudaranya,Majid yang jadi orang kuat di bahagian itu.
12. Di bahagian Cheras di Kuala Lumpur Harun Faudzar ialah bekas Naib Ketua Umno bahagian.
13. Difahamkan setakat ini dari segi jumlah dan pegangan jawatan, tiada siapa yang boleh mengatasi rekod keluarga besar Kadir dalam Umno


Kenapa Musa cuma berkokok pada projek Bukit Bintang City Centre tapi tak sentuh pun berkenaan tanah 1.15 hektar milik UDA di Jalan Sultan Ismail yang dilupuskan kepada Mutiara Goodyear?

Sahabat-sahabat bloger sekelian, kita ni orang-orang jalanan. Baik Musa, Harun mahu pun Nur Jazlan, mereka ini orang politik dan businessmen. Mereka anggap kita semua ni bodoh. Sekarang sahabat-sahabat sekelian acukan cota ke kepalanya dan bukan kepada sepupunya Harun Faudzar.

Yang perlu kita ketuk, bukan sahaja kepala Musa tapi termasuk juga kepala Jazlan yang berlakon depan kita semua!

AKU MEMANG TAK PERCAYA LAKONAN DIA ORANG.



P/s; Respect buat owner article nie - please
click here!

1 comment: