Sunday, June 5, 2011

Datuk Zulkifli Nordin Kata....., “ Yang Menang Sebenarnya Anwar Ibrahim & Kit Siang, Bukannya Ahli2 Pas...”

LG nak ucapkan congratz kat Yb Zul Nordin sebab dah dapat title Datuk rupa rupanya.....!! Kita baca ape komen Yb Zul Nordin pasal keputusan pemilihan Pas dalam Muktamar;

Kekalahan calon ulama dalam pemilihan Pas hari ini melengkapkan penguasaan DAP terhadap parti berasaskan Melayu dan Islam dalam pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, kemenangan besar calon-calon profesional itu juga membuktikan kejayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon-calonnya atau kumpulan Anwarinas di dalam Pas.

"Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Pas selepas ini tidak ubah seperti buah catur kepada Anwar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejayaan kumpulan profesional menguasai jawatan tertinggi di dalam Pas menewaskan calon pro ulama pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam.

Pada pemilihan itu, Mohamad Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden manakala Naib Presiden pula disandang oleh Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Zulkifli menambah, apa yang berlaku pada pemilihan Pas kali ini juga adalah percubaan kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana kata beliau, keutamaan kumpulan itu adalah untuk merebut kuasa politik atau kerusi kerana habuan sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen adalah besar.

Read more..., please click
here

No comments:

Post a Comment