Sunday, June 26, 2011

Cayalah..! Datuk Seri Shahrizat Lebih Garang Dari Hishamuddin Tun Hussein....

Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) diarah supaya bersiap sedia untuk bersama-sama menentang perhimpunan haram Bersih yang dirancang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, jika perlu Wanita UMNO dan BN akan turut serta menentang perhimpunan haram jika mendapati perancangan itu boleh menimbulkan pelbagai masalah dan menjejaskan keselamatan negara.

Kita pantang dicabar, jangan temgok wanita itu lembut mereka boleh lakukan apa sahaja, kalau perlu kita turun, kita akan akan turun padang bersama-sama menentang mereka yang cuba gugat keselamatan negara, wanita sentiasa bersiap sedia.

“ Saya pun tidak tahu, mengapa mereka perlu membuat perhimpunan untuk kemukakan bantahan dengan mengadakan perhimpunan, mereka kata ada lapan bantahan yang ingin dikemukan, mereka boleh kemukakan, bukan setakat lapan, lapan puluhan bantahan pun, kita boleh terima tanpa perlu buat perhimpunan “ katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapannya di majlis berkenaan yang meminta supaya Wanita UMNO dan BN bersiap siaga untuk bersama-sama menentang perhimpunana harama Bersih untuk memastikan kestabilan negara, agama dan bangsa.

Dalam ucapannya itu, Shahrizat berkata beliau kesal dengan apa yang cuba dilakukan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sareevenasen untuk mengadakan perhimpunan haram hanya kerana tidak berpuas hati dengan SPR.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Ambiga itu bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan SPR tetapi mempunyai niat jahat walaupun pelbagai pihak menentang apa yang ingin dilakukan oleh mereka. “ Sepatutnya, dia terima cadangan SPR untuk adakan rundingan, tetapi dia menolak, ini menunjukkan dia mempunyai niat jahat apabila ingin terus mengadakan perhimpunan haram itu “ katanya.

Shahrizat berkata, Wanita UMNO dan BN tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengugat keselamatan negara dan bersedia untuk bersama-sama dengan mana-mana pihak menentang mereka yang ingin membuat kekacauan di negara ini.- MediaUMNO -

No comments:

Post a Comment