LG agak terkezuut jugak lag bila dok selak news kat Utusan Online pagi nie!
Dah lama tak dengar bunyi dari former PM kita, Tun Abdullah Badawi. Semenjak tak jadi PM dah senyap lama dah… Tiba tiba ade pulak statement Pak Lah bantai Pas!
Rupa rupanyer Pak Lah “belum tidur lagi….”
Pas Semakin Hilang Arah
KEPALA BATAS 12 Jun - Keputusan kepimpinan Pas mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam yang lantang dilaung-laungkan selama ini membuktikan parti tersebut semakin hilang arah.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkembangan itu agak mengejutkan kerana Pas sanggup meminggirkan asas perjuangan yang dibina selama ini semata-mata untuk meraih keuntungan politik.
"Apa jua istilah yang mahu digunakan, Pas nampaknya meminggirkan perjuangannya. Kalau Pas tidak lagi mengikut apa yang menjadi matlamat mereka selama ini, maka cara berpolitik juga pasti akan berubah.”
"Saya fikir, ini bukan lagi soal perjuangan, ia hanya untuk mengumpan sokongan politik semata-mata," katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.
Abdullah berkata, usaha mewujudkan sebuah negara berkebajikan sudah menjadi perjuangan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama sehingga setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum mendapat manfaat.
"Dalam banyak bentuk slogan, tajuk atau istilah kebajikan, kita (BN) sudah melakukannya sejak dahulu lagi dan dasar untuk menjaga kebajikan rakyat masih dilakukan sampai hari ini," katanya. Utusan Online
P/s; ramai yang kata Pak Lah punca Pembangkang jadik kuat dan sekarang semakin kureng hajar!!
No comments:
Post a Comment