Tuesday, June 21, 2011

Siapa Kata Di Negeri Tok Guru Nik Aziz Tak Ade Masalah Sosial…??


KOTA BHARU: ‘Parkir Asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

"Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka." [Harian Metro]

2 comments:

  1. Salam. Lelaki gila talak ni mesti dah jadi gila tu sebab janda tak layan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    di serambi mekah ini juga dihuni manusia...bukan malaikat. Masalah tetap ada ;)

    ReplyDelete