Monday, June 20, 2011

Lagi Best Dari Maharaja Lawak... Ambiga Vs Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata beliau akan meminta Ambiga membatalkan perhimpunan itu jika Najib boleh memberi jaminan tersebut esok.

Bagaimanapun, Ambiga yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam, dalam reaksinya, menegur Anwar kerana mengambil peranannya.

Secara berseloroh, beliau berkata, ianya bukan terpulang kepada Anwar untuk membuat keputusan tersebut.

"Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak," katanya kepada pemberita sebelum pelancaran rasmi perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur malam ini. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment