Wednesday, June 8, 2011

Bangsa Malaysia..?? Mana Boleh….! Melayu tetap Melayu, Cina tetap Cina, India tetap India.

Dah kecoh dah… Yb Dap Hannah Yeoh buat kecoh kat ofis Pendaftaran Putrajaya semalam!

Kecoh sebab Hannah Yeoh nak daftarkan kelahiran newly born baby dia. Nak buat birth cert untuk baby dia laa. Bila masuk bab nak tulis bangsa pada borang, tiba2 Yb Dap nie nak bawak misi Malaysian Malaysia…! Baby dia nak didaftarkan sebagai bangsa Malaysia…? Mana ada bangsa Malaysia?

Belum lagi pakatan dapat tawan Putrajaya, dah buat hal nak tunjuk besar kepala pulak dah..!! Sesuka hati nak ubah sistem pendaftaran.

Hannah Yeoh bangsa cina, suaminya pula bangsa India nama dia Ramachandran. Anak kacukan laa sampai tak tahu nak kata bangsa cina atau india….

Bodoh jugak Hannah Yeoh nie sebab nampak sangat dia tak nak status bangsa anak dia dalam birth cert tulis INDIA. Selalunya anak akan ikut keturunan ayah..., lawak jugak kalau Hannah malu tapi kawin dengan india tak malu pulak??

Apa pun..., LG memang tak setuju kalau ade column untuk bangsa Malaysia. Tak boleh…!

Melayu tetap melayu…., Cina tetap cina…, India tetap India. Tak boleh samakan bangsa kita sebab adat kita berbeza2.

Nak kongsi sikit contoh kes. Kalau dah tak ade bangsa masing2 melayu, cina, India apa nak jadi kalau kita nak buat satu satu laporan..? Tak kan nak kata… “ sewaktu majlis sambutan tahun baru di padang terbuka kelihatan ramai anak bangsa Malaysia meminum arak ..” Padahal ayat tujukan kepada bangsa bukan melayu!

Nampak sangat semakin biadap dah Yb Yb Dap nak mencabar ketuanan melayu… Sekarang dah mula mainkan isu pendaftaran anak biar semua kaum sama rata, ini semua sebab Anwar Ibrahim yang ajar!! Siapa yang nak hapuskan keistimewaan hak bumiputera..??


Baca artikel nie dari Malaysiakini;

Dalam usaha menolak politik perkauman, seorang ADUN cuba mendaftarkan keturunan anak perempuannya sebagai 'Anak Malaysia' tetapi diberitahu oleh pegawai jabatan pendaftaran, sistem sekarang tidak membenarkannya.

Bayi berusia enam hari yang diberikan nama Shay Adora Ram, hampir menjadi 'anak Malaysia' pertama yang didaftarkan oleh pasangan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy.

Pasangan ibu bapa itu ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya hari ini bagi mendaftarkan kelahiran Shay.

"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan ‘bangsa’ tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”

Yeoh kemudiannya memilih untuk membiarkan ruangan itu kosong tetapi ini juga ditolak oleh pegawai berkenaan.

"Mereka berkata tiada peruntukan bagi mengosongkan ruangan itu. Sistem sedia ada tidak boleh mendaftarkan anak kami. Kami mesti memilih mana-mana satu bangsa,” kata ADUN DAP itu sambil menambah kategori 'lain-lain' juga tidak dibenarkan dipilih olehnya.

Pasangan yang kecewa itu kemudian memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran anak mereka tetapi diberitahu tindakan berkenaan akan mengusutkan lagi keadaan dan mungkin menjejaskan anak itu, umpamanya apabila mendapatkan rawatan perubatan dan perkara lain.

Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini.

"Saya akan menulis kepada perdana menteri dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara untuk membuat rayuan…”

"Sistem mendaftarkan rakyat mesti mencerminkan apa yang dilaungkan oleh perdana menteri setiap hari,” kata Yeoh.

No comments:

Post a Comment