Monday, June 20, 2011

Kita Mesti Tentang Ambiga Habis2an..! LG Join Perhimpunan Kat Kelab Sultan Sulaiman Semalam….



Sebanyak 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), hari ini secara terbuka mengisytihar perang habis-habisan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Nada keras tersebut dilaungkan sebulat suara oleh hampir 3,000 ahli NGO berkenaan yang mewakili pelbagai kaum di negara ini pada majlis pelancaran Gerak Aman iaitu kempen anti-Bersih di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

Malah, kesemua mereka termasuk hampir 300 ahli masyarakat Cina dan India juga secara terbuka, melaungkan ikrar bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu bentuk pengorbanan kerana ingin mempertahankan keamanan negara.

Tidak cukup dengan pengisytiharan secara terbuka itu, kumpulan NGO tersebut kemudian membakar gambar Datuk Ambiga Sreenevasan, sebagai manifestasi kebencian dan kemarahan mereka terhadap Bersih sambil melaungkan ‘aman’ sebanyak tiga kali.

Pengerusi Gerak Aman, Datuk Ibrahim Ali berkata, puluhan ribu rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan anti-Bersih akan berkumpul di ibu kota pada malam menjelang 9 Julai, sebelum digerakkan secara besar-besaran keesokan harinya bagi menghalang perhimpunan Bersih.

"Kita sudah merayu kepada pihak Bersih supaya dihentikan demonstrasi ini, pihak berkuasa juga sudah memberi amaran kerana ia mengancam negara tetapi pembangkang dan Ambiga tetap berdegil. Jadi kami terpaksa bertindak demi keamanan negara."

"Kali ini kita sanggup berdepan apa sahaja kerana kami percaya demonstrasi Bersih ini tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya, ia dicetus agar Malaysia jadi huru-hara seperti di Asia Barat bagi membunuh sistem demokrasi dan demi kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

"Oleh kerana inilah rentak dan tari Bersih, maka kami juga akan menari mengikut rentak yang sama. Kita akan menghalang mereka dengan apa jua kos sekalipun yang terpaksa kami tanggung," katanya kepada pemberita selepas pelancaran majlis tersebut.”

Hadir sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin; Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar; Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail dan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, menyedari risiko tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap ahli Gerak Aman, Perkasa telah menyediakan seramai sembilan peguam untuk memastikan mereka yang ditahan mendapat pembelaan.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, mereka menentang Bersih bukan kerana menolak demokrasi, tetapi demi memastikan keharmonian yang dinikmati sejak lebih 50 tahun lalu tidak dimusnahkan oleh petualang negara yang berada di belakang demonstrasi tersebut.

Pada masa yang sama, beliau yang juga bekas peguam bela Anwar turut mengingatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, supaya bersedia menghadapi penentangan sengit daripada Gerak Aman yang penuh dengan semangat nasionalisme.

Utusan Online….

1 comment: