Friday, June 10, 2011

Fuyoo!! Shikin Begum Nak Saman Pengarah Filem KL GANGSTER? Shikin Begum Nie Sepupu Latheefa Koya..?


Dalam filem KL Gangster disebabkan ade guna skrip sebut keyword rahsia Pekida, contoh macam ranking “Ayah Long..”, wakil Pekida dah naik angin dengan anak Yusuf Haslam, Syamsul Yusuf….

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida…”

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya lagi.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

“Saya kecewa kerana pengarah tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu…” tambah Shukin lagi.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut, bukan sahaja tidak menghormati Pekida, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang…..

Sebelum filem ini kena GAM, jom cepat2 kita pergi tonton dulu…..!!

4 comments:

  1. waa hebat tu langsung tak boleh sebut... payah la camni.. aku ada ayah long..mak long.. pak long..lepas ni tak boleh sebut pekida marah nanti...

    ReplyDelete
  2. laaa..kata2 rahsia dalam pekida tu ada copyright ke?

    ReplyDelete
  3. tah ape2 la org melayu ni. ni la sesetengah kerat melayu yang short-circuit mind. be open la, jgn taksub sgt dgn persatuan2 ni, mmg la nk protect bangsa kite. tp jgn la smpi bg org luar nmpk yang bangsa melayu ni sensitif x tentu psl, bende kicik pun nk kecoh satu malaysia. masuk telinga kiri, kuar telinga kanan dah la. CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI PUN SAKIT JGK.

    ReplyDelete
  4. alaa...pekida tu tak pueh ati sebab tak dapat komisen pakai ayat trademark diorang yg poyo tu..

    kalu nak duit, cakap jelah. Tak payah nak saman2..

    ReplyDelete