Tuesday, May 22, 2012

PRU 13 - Pakatan Rakyat Menang 105 Kerusi Parlimen


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.

Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.

Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi.

Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.

Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan.

Azmin khabarnya tak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Rafizi ini. Alasan? Kerana pada pendapat Azmin, ianya masih terlalu awal untuk membuat kenyataan mengenai kekuatan PKR pada ketika ini; sedangkan ada Negeri yang belum diselesaikan lagi isu pencalonan.

Menurut info rakan blog ini, PKR seboleh mungkin sedang mencari lebih 45 kerusi Parlimen yang boleh dimenangi pada ketika ini. Di Sabah, usaha sedang dilakukan untuk menarik beberapa buah parti/individu yang dirasakan boleh menang – bagi menambah kuota kemenangan PKR.

Kali ini, Azmin akan bergerak secara strategik – dalam rakan Pakatan tetapi menuju kepada usaha memenangi 45 kerusi daripada 105 yang dimaklumkan oleh Rafizi. Barulah PKR akan menjadi parti peneraju kepada PR – dan ini penting dalam meletakkan PKR dalam jawatan strategik selepas pilihanraya nanti.

Sebenarnya, on paper, PKR baru sahaja mempunyai 21 kerusi (yakin menang). Masih banyak yang perlu ditambah. Proses negosiasi masih berlaku. 24 kerusi lagi bukan boleh datang bergolek. Terutamanya, apabila ada pertindihan kerusi dengan PAS dan DAP.

Azmin sudahpun sms Rafizi supaya lebih hati-hati dengan angka. Ini semua boleh membahayakan kedudukan PKR sendiri. Azmin juga sedang mendapatkan penjelasan dengan usaha PAS-DAP yang meninggalkan sama sekali PKR di Pahang.

Gelagat Anwar...

No comments:

Post a Comment