Thursday, May 10, 2012

Kadir Sheikh Fadzir Kata,"Sepanjang 56 Tahun Bersama Umno Saya Tengok Politik Paling Kotor.."

BACHOK: “Sepanjang 56 tahun bersama Umno saya tidak pernah tengok lagi politik yang paling kotor dan tidak adil berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan, berbanding sekarang.

“Sekarang sudah tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya,” kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.

Perkarangan pejabat PAS di Pantai Irama dekat sini penuh sesak dengan orang ramai yang mahu mendengar ceramah sulung bekas veteran Umno terbabit di Kelantan.

Di sebelah jalan utama di hadapan Masjid Bandar Bachok sehingga ke tepi pantai penuh dengan orang ramai tanpa menghiraukan hujan yang turun rintik-rintik.

Hadir sama pada ceramah isu semasa tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad.

3 comments:

  1. setelah 56 tahun baru pak Kader ni sedar..lamanya

    ReplyDelete
  2. inilah pemimpin yg menjunjung yellow pages dibalut kain sambil bersumpah utk setia kepada tun m semasa umno berpecah dgn semangat 46 dulu.. dari dulu lagi kaki putar!!

    ReplyDelete
  3. anak mamak Sheik Fadzir ini memanglah kaki putak, ne kerana tak dapat jadi Pengerusi MAS terus lompat-dia blah dari UMNO pun tak pa dah rumah dia di Tawar Baling lebih 1 juta, kalau harap pak dia jual roti saja dulu nak boleh buat rumah dengan serba mewah kalau tak kerana UMNO tobat dia nak boleh buat rumah sebesak tu habis2 kuat dian boleh jadi tokeh roti saja kot.

    ReplyDelete