Saturday, May 12, 2012

Pengakuan EKSKLUSIF... Benarkah Peguam Negara Bagi IMUNITI Kepada Anwar, Azmin & Ambiga...??

BERSIH 0.3 sudah berlalu dan telah banyak meninggalkan kerosakan dan kemusnahan sistem pada negara malah PM Najib sendiri setelah disahkan oleh pihak berkuasa mendedahkan bahawa demontrasi yang berlaku itu adalah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dengan mahu menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir di Mesir....


Dari Dataran ini mereka akan jadikan ianya penanda aras untuk mendesak Najib mengosongkan Putrajaya.

Bila PM Najib bercakap,itu menandakan ada gerakan terancang serta cukup bahaya dan patut ada tindakan susulan yang keras bagi mengajar mereka ini mengenal batas sempadan serta undang-undang sedia ada.

Malah pihak polis sendiri pun mengesahkan bahawa demontrasi Bersih itu berniat jahat,busuk dan buruk sifatnya...!

Walaupun ada Perintah Mahkamah tetapi kumpulan pengganas yang diketuai oleh Anwar,Ambiga,Azmin sehingga ke hari ini tidak ada satu pun tangkapan dibuat terhadap penderhaka ini....

Polis hanya memburu pengikut yang telah diperbodohkan oleh penderhaka seperti Anwar,Azmin dan Ambiga ini. Seolah-olah rusuhan itu dianggap sebagai anak-anak `main pondok-pondok’ ketika kecil sambil tangkap belalang!

Malah pihak Peguam Negara pun dilihat hanya mendakwa` anak-anak ikan bilis’ sedangkan jerung masih bebas berlegar di dalam negara dan bebas pula untuk keluar negara pada bila-bila masa....

Kita jadi hairan bila pihak polis seperti `takut dan bimbang’ untuk mengambil tindakan terhadap manusia pengkhianat ini malah `bapa kera dan monyet’ ini dilihat juga seperti kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Kalau siasatan sudahpun dibuat oleh pihak polis dan kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tujuan Pendakwaan namun yang didakwa hanyalah bekas askar pencen dan peguam yang lulus undang-undang secara meniru kerana Peguam ini melanggar perintah mahkamah.

Prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang Dan Keluhuran Perlembagaan mungkin tidak terpakai terhadap penderhaka-penderhaka ini dan pejabat Peguam Negara yang difahamkan didokong oleh sebahagian besar penyokong parti pembangkang sedang melambat-lambatkan proses pendakwaan yangf sepatutnya sudah dilakukan....!

Berbeza dengan tindakan yang diambil terhadap suami Shahrizat Jalil iaitu Datuk Dr Mohamad Salleh...., sebeum masuk waktu subuh lagi pihak polis sudah pun menunggu di depan rumah bekas Menteri Pembanguna Wanita itu untuk menangkap dan mendakwa serta merta suami Shahrizat itu walaupun suaminya bersedia untuk datang secara sukarela ke balai Polis.

Malah dalam kes itu, Datuk Seri Shahrizat sendiri menawarkan diri untuk membawa suaminya ke Mahkamah tetapi mungkin kerana ada niat untuk memalukan Shahrizat sekeluarga,,, saat fajar belum menyingsing kereta peronda polis sudah menunggu di luar pintu rumah beliau..!

Kalaulah perkara yang sama dilakukan terhadap Ambiga,Anwar dan juga Azmin barulah kita yakin bahawa undang-undang tidak mengenal siapa.

Banyak kes melibatkan pemimpin UMNO dan juga kerajaan,pihak Peguam Negara cukup efisen,polis hebat serta cekap melengkapkan kertas siasatan dan tidak perlu menunggu lama untuk mendakwa mereka ini di mahkamah...

TETAPI, dalam kes Bersih 3.0 ini walaupun terbukti dengan segala rakaman CCTV Anwar,Ambiga dan Azmin masih tidur lena di rumah dan bebas bergerak ke mana sahaja seolah-olah mereka ini tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Baca seterusnya....., klik SINI

1 comment:

  1. Dear Lawyer Garang...

    Sebenarnya... kalau u banyak membaca penulisan saya. u akan faham kenapa semua ini berlaku...

    Ingatkah isu "shadow government" suatu ketika dahulu ? Ramai kakitangan kerajaan dan penjawat awam adalah penyokong PR, mereka inilah duri dalam daging di dalam Kerajaan. Mereka ini mendapat arahan dari PR, bukan dari Kerajaan Pemerintah, inilah yang di namakan "Shadow Government".

    Saya dah banyak kali kena... ramai penjawat awam yang menjadi anjing PR ini, mereka selalu membuat masalah kepada saya. Dari Polis hinggalah ke Kastam, kesemuanya yang pangkat pencacai, pangkat yang tidak berapa besar, kiranya Pegawai Kelas Pertengahan. Mereka ini dengan alasan mereka "menjalankan tugas", hakikatnya sengaja cari pasal. Berapa kali mereka kalah dan kantoi dengan penipuan mereka hendak cari pasal.

    Dulu kes Nik Aziz disiasat SPRM, anjing anjing PAS di dalam SPRM Kelantan, sengaja menghilangkan semua bukti bukti dan file file yang melibatkan Niz Aziz.

    Kita tahu semua ini... cuba saudari buat homework. Nanti email saya, panjang kita boleh sembang...


    Sekian,

    Luqmanul Hakim bin Abd. Rahim bin Abdul Wahab

    http://twitter.com/LuQiee

    http://tinyURL.com/My-Answer-To-1Malaysia

    http://LuQiee.Livejournal.com

    ReplyDelete