Posted by Kamarulzaman Kamdias
Zaman janji kosong, jual ubat dan jual temberang sudah berlalu dan tidak lagi relevan. Zaman sekarang adalah zaman rakyat mahu melihat setiap janji ditunaikan.
Ketika zaman remaja atau zaman menjanda memang mudah terbuai dengan segala janji manis bulan dan bintang. Apatah lagi janji manis yang dilafaz ketika itu, tepat pada waktunya, iaitu ketika sedang marah dan kecewa dengan boyfriend atau dicerai laki. Atau pun ketika itu sedang hanyut diulit janji manis hingga berpaling tadah dari boyfriend atau laki sendiri.
Bila emosi dan otak kembali normal dan berpijak di bumi nyata, barulah pemikiran rasional kembali menguasai diri. Bila segala janji dan manifesto ‘boyfriend baru’ satu pun tidak tertunai, dan pada masa yang sama tengok pulak boyfriend lama atau laki lama sudah bahagia dengan kehidupan baru bersama pasangan baru, barulah sedar tinggi rendahnya langit.
Sekarang , inilah yang mungkin sedang terjadi kepada mereka yang bertindak beralih angin menyokong pembangkang pada PRU12 yang lalu. Malu tapi tak mahu mengaku akan hakikat kegagalan parti yang disokongnya menunaikan segala janji PRU.
Sekarang puak pembangkang terus membuat janji demi janji baru. Pendidikan untuk rakyat mahu diberi percuma. Dana PTPTN yang sudah menjangkau lebih RM40 billion yang disalurkan kepada pelajar IPTA dan IPTS, dalam dan luar negara mahu dihapuskan begitui saja.
Tol yang melibatkan lebih 60 billion kos pembangunan dan penyelenggaraan juga mahu dihapuskan. MRT RM60 billion yang ingin dibangunkan, dikritik hanya dari sudut kepada siapa projek itu diserahkan.
Tujuannya untuk melabel kroni.... Faedah dari segi limpahan ekonomi untuk rakyat jika MRT itu beroperasi kelak langsung tidak dibincangkan. Cara tuduhan kroni itu dibuat seolah-olah MRT itu dibuat hanya semata-mata mahu memperkayakan seseorang yang rapat dengan pemimpin no.1
Singkat sungguh pemikiran pembangkang. Mereka ingat, cukup sekadar melafazkan janji demi janji. Mereka ingat cukup sekadar membuat tuduhan demi tuduhan yang buruk kepada BN.
Mereka ingat rakyat akan terus marah membuta tuli kepada BN melalui setiap tuduhan yang dilemparkan.
Mereka ingat rakyat terlalu rendah tahap pemikiran mereka, seolah-olah rakyat ternganga mendengar segala keburukan BN yang dijaja. Mereka ingat rakyat tidak akan mempersoalkan langsung segala kata-kata, janji dan temberang pembangkang.
Selepas menaikkan gaji kakitangan awam, pemansuhan dan penurunan sebahagian bayaran tol, pemberian BRIM, KRIM, Menu1Malaysia, durian runtuh untuk peneroka, Najib umum pula penurunan yuran daftar perniagaan menjadi RM50 sahaja dari RM200 ke RM300 kepada lebih 500,000 peniaga kecil.
Kerajaan Selangor pula baru terkial-kial nak tunaikan janji bantuan RM50 se bulan kepada anak tadika yang dibuat 4 tahun lalu. Itu pun bila KJ sudah bongkar depan Rafizi dan depan khalayak.

Janji Bantuan RM50/= kepada anak tadiaka tu dah bagi kee ataupun sekadar cakap jee..weii bila pulak nak tunaikan janji RM100/= pada semua warga emas..udah lupa ke..pastu kepada bakal mahasiswa di selangor..kalau nak masuk Universiti nanti harap pi kepjabat MB minta duit RM1000/= sebab MB gagap tu dah janji dulu nak kasi..
ReplyDelete