Tahun 1998 Lembah Klang pernah menghadapi isu air yang serius. Pelbagai langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah mengswastakan perkhidmatan air di Selangor.
Memandangkan saban hari bilangan penduduk semakin bertambah serta pembangunan yang semakin pesat dan bimbangkan masalah air akan berulang kembali yang tentunya akan menyusahkan rakyat dan membantut perkembangan ekonomi, maka kerajaan telah membuat beberapa persediaan awal untuk mengelak berlakunya krisis air.
Antaranya Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) di Hulu Langat .
Bagaimanapun projek itu kini tertangguh akibat dari permainan politik kerajaan PKR yang memerintah Selangor. Jika mereka terus bermain politik , maka pada tahun 2014 nanti sekali lagi akan berlaku krisis air di Selangor. Selanjutnya boleh dibaca di sini.
Masalah air bukan sahaja bakal meyusahkan rakyat malah telah terdapat pelabur yang membatalkan pelaburan kerana tiada jaminan mereka akan mendapat bekalan air secukupnya selagi Loji Langat 2 tertangguh kerana mainan politik PKR.
Setelah terlalu banyak mainan politik PKR, akhirnya hari ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Lihat di sini
Sungguh memalukan ! Nampak sangat MB tidak pandai mentadbir dan asyik berpolitik sepanjang masa sehingga memaksa Sultan terpaksa campur tangan.
Rbf Online...

No comments:
Post a Comment