Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong berniat mengambil alih (occupy) Dataran Merdeka daripada 14 hingga 28 April ekoran isu pinjaman pelajaran Mahasiwa.
Bagaimanapun, tambah Hishammuddin, kurangnya sokongan daripada orang ramai menyebabkan rancangan itu tidak diteruskan.
"Pihak polis tidak mengganggu (pelajar memenuhi dataran), hanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Oleh itu, tindakan itu gagal menyemarakkan sentimen awam," Hishammuddin dipetik sebagai berkata dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut bukti untuk menyokong dakwaan tentang 'rancangan' Anwar itu.

No comments:
Post a Comment