Monday, May 14, 2012

Siapa Sebenarnya AMBIGA..?? Pendedahan Eksklusif Sanggah Tok Janggut....

Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit..... Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.

Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya.

Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya.... Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak...!

Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka.

Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki.

Baca seterusnya..., klik SINI

1 comment:

  1. Aaa...Ahli Ikhlas tu berniaga tepi katil Ambigakah?Yang difahami,mereka ni berniaga di 'luar pagar' kawasan rumah Ambiga,jadi apa masalahnya?

    ReplyDelete