Monday, May 21, 2012

Zahid Md Arip TIBAI Mursyidul Am Pas...!

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuka ruang untuk parti itu bermuzakarah dengan UMNO menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai 'buang tabiat'.

Ini kerana katanya, Menteri Besar Kelantan itu antara individu yang lantang menghalang usaha bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berbincang dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan beberapa tahun dahulu.

"Nik Abdul Aziz sudah buang tabiat kerana sebelum ini beliau menghalang sebarang usaha seumpamanya sehingga menggesa Nasharudin dibuang daripada parti kerana mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Ini menggambarkan sikap lidah bercabang beliau (Nik Abdul Aziz). Saya berpendapat, perkara ini timbul apabila beliau melihat sokongan orang Melayu, Islam kepada UMNO semakin meningkat dan menyedari Pas bakal merana pada pilihan raya umum akan datang.

"Jadi beliau cuba alihkan isu untuk bermuzakarah bersama UMNO dengan harapan dapat mematikan rentak parti itu ketika ini. Jadi saya nasihatkan UMNO supaya tidak terpedaya dengan politik lidah bercabang Pas ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Zahid secara sinis juga meminta Nik Abdul Aziz mendapatkan pandangan daripada ulama terkenal, Sheikh Dr. Yusof al- Qardhawi berhubung rancangan bermuzakarah dengan UMNO seperti yang sering dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pembangkang lain.

No comments:

Post a Comment