Saturday, May 12, 2012

Rasa Macam Esok Nak Mengadap Agong....! - Najib


Melihat sambutan Ulangtahun Umno ke-66 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil memberangsangkan, Presidennya, Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata beliau rasanya 'macam esok' ingin mengadap Yang Dipertuan Agong esok bagi mengadakan pilihan raya.

"Oleh kerana bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudah kena demam pilihan raya, saya lihat malam ini hebat.

"Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya sambil menerima sorakan dan tepukan hampir 100,000 ahli parti dari seluruh negara di majlis tersebut.

Meneruskan ucapannya, Najib turut bertanya kepada semua peserta yang digelar sebagai 'gelombang merah' sama ada telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Dengan penuh bersemangat, Najib bertanya: "Kita sudah bersedia? Kita boleh menang? Bila nak pilihan raya? Esok? Bulan Jun? Tahun depan?," katanya.

Hadirin yang rata-rata terdiri daripada golongan muda menyahut pertanyaan Najib dengan menjawab: " Sudah bersedia... Boleh menang."

Dalam pada itu, Najib turut menegaskan walaupun sudah berusia 66 tahun, tetapi Umno bukanlah sebuah parti yang 'mabuk kuasa'.

Najib menjelaskan, parti itu sanggup melakukan apa sahaja perubahan demi perjuangan bangsa, agama dan negara.

Berbeza dengan pembangkang yang gemar memperlekehkan Umno, Najib berkata, hakikatnya Umno merupakan sebuah parti yang demokratik dan banyak berjasa kepada negara.

"Tak ramai yang jangkakan bila Umno lahir 66 tahun yang lalu kita boleh bawa negara kita seperti yang kita saksikan sekarang ini. Kita tak mabuk kuasa. Kita sanggup buat perubahan jika masa menuntut untu berubah, kalau persekitaran berubah...Umno juga perlu berubah.

"Dasar kita boleh ubah tetapi prinsip perjuangan kita kekal demi bangsa, agama dan negara. Orang pembangkang suka memperlekehkan Umno dan menghina kejayaan kita. Nak hina Umno, tetapi mereka sebenarnya tidak ada jasa pada negara," katanya.

JOM! Kita tengok lebih banyak foto foto menarik Gelombang Merah di Bukit Jalil..., klik SINI

No comments:

Post a Comment